mendamba kasih Ilahi..


Blog For Free!


Archives
Home
2005 April
2005 March
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
2004 June

My Links
kedamaian.
nurkasih.
Nuratie's Blog
Senja's blog
Permatahatiku"s blog
Embunpagi's blog
makngah's tblog

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Jumpa lagi..

Tukar Tarikh Hijriah ke Masehi dan sebaliknya

Ya Allah..
Kurnialah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyu’, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar2 mantap, cara hidup yang jitu dan unggul, selamatkan kami dari dari segala malapetaka..

Ya Allah..
Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain selain dari Engkau sendiri. Berikan kami iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung RahmatMu kpd kami, keluarga dan anak2 kami. Jangan biarkan nasib kami ditentukan diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah..




Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
04.30.05 (3:17 am)   [edit]
Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.

Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini.

Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam.

Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Kardinal (Padri) Abu Ishaq

Saya adalah ketua kepada Gereja Missinari Koptik Afrika Barat dan Asia. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memeluk Islam. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang muslim. Saya adalah musuh Islam yang terbesar. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana telah mengIslamkan saya.

Setelah saya keletihan disetiap sudut untuk mencari kebenaran dan mencarinya di atas dan bawah dan apabila saya yakin bahawa Islamlah agama yang sebenar maka saya telah memeluk Islam.

Setelah saya engkajinya secara mendalam kesemua kitab-kitab kristian, saya dapati nama Nabi (Muhammmad) SAW, walaupun ia tidak menyebut Muhammad atau Ahmed tetapi melalui maknanya: al Muazzi pembawa berita gembira). Tetapi kenapa Saya menjadi muslim? Adakah saya menjadi muslim untuk mendapatkan kekayaan?

TIDAK! Kerana saya telah mendapat gaji sebanyak 3,000 (Mesir) dan dari gaji tersebut saya menghabiskan sebanyak 600 untuk hashish, lain-lain dadah dan alkohol. Saya juga tidak menjadi muslim untuk mengahwini wanita cantik, tetapi saya menjadi muslim kerana kesucian Islam dan kasih sayang dan keampunan dalam Islam. Saya menjadi Islam kerana kebenaran yang saya temui dan saya mengikutinya dan saya menyedari kepalsuan dan meninggalkannya.

Semenjak saya masih kanak-kanak di sekolah di 'Said, Mesir; kemudian di sekolah Ahad; kemudian di 'Koliya Lahut' (Kolej Jesus) di Beirut dan kemudian semasa saya membuat doktorate dalam bidang agama di Falkulti Theologi di universiti Kaherah; tidak pernah terdapat mata pelajaran atau kuliah yang diajar yang tidak pernah mengutuk Islam dan mengajar kita untuk membencinya.

Kami telah diajar untuk memiliki dua personaliti dan untuk menerima Jesus (Isa AS) adalah kambing hitam dan bahawa beliau mengampuni kesemua dosa kita dan kita mestilah percaya bahawa beliau adalah Tuhan, Anak Tuhan dan beliau maha berkuasa. Bahawa Tuhan tidak terpisah dari badan Jesus dan bahawa beliau adalah 'singa yang perkasa' yang mempertahankan keyakinan orang-orang kristian daripada keburukan moral dan pendustaan Islam.

Seseorang sepatutnya sentiasa enyoal diri sendiri (mengenai Tuhan) dalam keadaan yang jujur dan ikhlas, beliau juga sepatutnya sentiasa memikirkannya dengan bijaksana. Ini kerana pengetahuan yang kamu miliki (mengenai agama) dan kebenarann sebenar mengenainya mungkin amat berbeza. Sesiapa yang tidak mengetahui mengenai agamanya walaupun beliau mengetahui mengenai perkara lain adalah sia-sia dalam kehidupan ini.

Pengetahuan dikaitkan dengan pengetahuan terhadap Allah. Kita tidak pernah melihat Allah tetapi kita mempercayai-Nya, kita tidak pernah melihat Jesus tetapi kita telah mendengar ajarannya dan kesemua para nabi dan kita tidak pernah melihat Muhammad SAW tetapi kita telah mendengar ajarannya.

Semasa saya mula mempelajari kitab Testimen Baru dan kisah mengenai hubungan yang meragukan di dalamnya dan saya dapati bahawa ia amat tidak boleh diterima. Kami diberitahu untuk mempercayai bahawa al-Masih adalah Tuhan dan kami dilarang dari menyoal begitu banyak soalan. Saya pernah melihat seorang saudara menyoal imam apa sahaja soalan yang beliau ada, bebas dan tidak terbatas, tetapi di dalam gereja kamu dilarang menyoal apa-apapun. Kamu hanya boleh mendengar. Di universitipun, merekka menyatakan perkara yang sama, 'jangan soal, tapi hanya dengar'. Semua ini sering becanggah dengan kkefahaman saya. Saya sering berkata kepada mereka, bagaimana saya boleh mengajar orang lain sedangkan saya sendiri tidak memahaminya!

Semasa saya mula mempelajari Testimen Baru, ia adalah pada hari krismas. Alangkah indahnya hari tersebut! Sesiapa yang mmahu menyaksikan krismas harus datang ke Mesir. Menjelang tengah malam, lampu digereja dipadamkan selama lima minit pada hari krismas, memberi isyarat bahawa kami bukan menuju kepada kegelapan tetapi dari kegelapan kepada cahaya (sebagaimana yang dilihat dari kelahiran Jesus.

Dan dalam masa lima minit tersebut para remaja lelaki dan perempuan bercampur bebas di dalam gereja. Mereka tidak teragak-agak dalam pergaulan bebas dan mereka tidak pernah menghormati hakikat bahawa mereka sebenarnya berada di rumah Tuhan. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh bulan Januari, berbagai-bagai acara keagamaan yang tidak masuk akal telah dijalankan. Mereka rukuk kepada idol (patung) yang terdapat pada pintu masuk gereja kerana setiap orang yang memasuki gereja hendaklah rukuk. Saya telah melihat ada juga beberapa orang Islam yang melakukannya hanya untuk menyertai perayaan hari krismas.

Dalam salah satu krismas semasa saya menetuai 'Abbey Megirgis', seseorang telah datang untuk mengorbankan seekor biri-biri dan beliau meminta untuk menemui ketua Abbey. Pada ketika itu, sebagaimana adat telah dikelilingi oleh lain-lain padri dan saya menunjukkan diri dan memberitahu beliau bahawa sayalah ketua Abbey. Beliau telah meminta izin dari saya untuk mengorbankan biri-birinya di hadapan pintu Abbey (di mana terletaknya patung 'saint Megirgis') kerana beliau (saint Megirgis) telah memberinya Fatima. Saya tanya siapakah Fatima.

Beliau menjawab bahawa Fatima adalah anaknya dan bahawa isterinya tidak berupaya memperolehi anak selama 25 tahun sehingga beliau datang kepada Abbey dan meminta 'saint Megirgis' agar menganugerahkannya seorang anak. Beliau berkata bahawa anak tersebut telah dilahirkan pada malam krismas.

Dan telah berlaku banyak kejadian seperti itu. Dan selepas saya mendengar kejadian tersebut saya sering mahu bertanya kepada seseorang yang lebih tinggi daripada saya, samada bishop atau kardinal mengenai kejadian tersebut.

Saya telah dilahirkan dalam sebuah kampung kristian di kelilingi oleh kampung kristian yan lain, yang mempunyai jumlah penduduk seramai 60,000 orang di mana tiada seorangpun yang beragama Islam! Zaman remaja saya dihabiskan 100% kristian. Saya hidup dalam kufr (tidak beriman) dan shirk (menyekutukan Allah dengan yang lain).

Setiap kali kami ke gereja, mereka akan mengingatkan kami agar berhati-hati dan berwaspada terhadap umat Islam. "Jangan bercampur dengan mereka", kata mereka; "Jangan makan bersama mereka", "berwaspadalah terhadap mereka". Saya sering berkata kepada diri sendiri, di manakah umat Islam yang sering dinyatakan kepada kami oleh padri agar berwaspada? Tiada seorangpun!

Umat Islam yang pertama yang saya lihat ialah semasa saya memasuki sekolah menengah. Mereka sering memisahkan seorang kristian dari seorang Islam di dalam kelas kami dan ada kalanya dari dalam diri saya, saya sering bertanya kenapakah kami diasingkan. Setiap kali saya bertanya padri soalan tersebut, beliau menjawab, "berhati-hatilah dengan orang-orang Islam atau kamu tidak akan dapat memasuki syurga dan saya akan mengambil pengampunan Tuhan daripada kamu". Seolah-olah syurga berada ditangannya. Seolah-olah mereka yang menguasai siapa yang akan memasuki syurga dan siapa yang akan mereka tarik keluar!

Walau bagaimanapun saya perlu mencari kebenaran, walau di mana sekalipun kebenaran itu berada, mungkin dalam agama Yahudi, Buddha atau jika ia berada dalam Islam dan saya terpaksa mengikti Nabi Muhammad SAW. Dan jika saya tidak dapat mencari kebenaran tersebut saya bersedia untuk menjadi seorang atheis.

Setiap kali mereka melihat saya duduk bersama seorang Islam di sekolah, mereka akan datang dan memisahkan saya dari mereka.

Di universiti, apabila saya membawa kitab oleh Dr Ibrahim Khalil, seorang guru di Lahut (Kolej Jesus), agar saya dapat menyoal beliau mengenai pandangannya dalam kitab tersebut, saya diberitahu oleh padri bahawa beliau telah meninggal dunia (sebenarnya beliau telah memeluk Islam dan meninggalkan kolej tersebut).

Setiap perkara yang saya baca menyakinkan saya bahawa hanya terdapat SATU Tuhan. Apabila saya membincangkannya dengan pelajar lain di kolej, padri memberi amaran kepada saya agar tidak membincangkan mengenai teori tersebut dengan orang lain.

Saya telah berkata kepada padri bahawa segala-gala yang mereka ajar kepada saya telah mempersiapkan saya untuk menjadi guru kepada skriptur tersebut. Saya berkata, "bagaimana boleh saya mengajar di masa hadapan jika kamu tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan terhadap soalan saya. Bagaimana jika sekiranya mereka menyoal soalan yang serupa yang saya soal kamu pada hari ini?"

Saya menyoal lagi, bolehkah guru mathematik mengajar math tanpa memahami subjeknya? Tetapi mereka tiada jawapan untuk itu. Mereka mahu saya menjadi seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran, "seekor keldai yang membawa kitab." Apa yang perlu saya lakukan menurut mereka hanyalah memberi keampunan kepada sesiapa sahaja yang mahukan pengampunan dan menerima bayaran dari mereka kerana melakukannya. Menurut mereka itu sahajalah yang perlu dilakukan, TIDAK KURANG DAN TIDAK LEBIH!

Pope (dari gereja koptik orthodox) memutuskan untuk menjadikan saya ketua kepada missionari di Afrika Barat. Sedangkan pada masa tersebut saya sendiri masih tercari-cari tentang keenaran dan saya terlalu ingin untuk mencapainya.

Saya sentiasa tidak percaya kepada salib, ia tidak wujud dalam bible, dan saya amat mengetahui mengenainya sebelum saya membaca al-Quran lagi. Terdapat banyak perkara lagi seperti 'Mannut al-Masih', yang saya tidak tahu dari mana mereka datang dan kesemuanya adalah rekaan manusia. Saya memiliki buku dan skripnya, saya tahu!

Satu hari Pope sendiri telah memanggil saya dan saya telah diberitahu oleh pembantu saint (istilah yang digunakan untuk Pope) bahawa beliau telah memanggil saya tetapi bagi saya beliau bukanlah seorang saint!

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini.

Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

TAKDIR YANG MENENTUKAN

Pope berkata, "Kami akan menghantar kamu ke Alexandria dan di sana terdapat orang Islam yang boleh kamu berbincang dengan mereka (iaitu untuk mengkristiankan mereka), dan boleh memujuk mereka". Saya terfikir kenapa mereka menghantar saya ke sana? Apa yang harus saya cakapkan kepada orang Islam tersebut sedangkan saya sendiri tidak mengetahui mengenai agama saya sendiri! Ia seperti orang buta meminta seorang buta yang lain untuk menjelaskan mengenai satu-satu objek secara visual.

Saya menaiki keretapi dari Asyut ke Kaherah. Walau bagaimanapun apabila saya disayangi oleh Pope saya telah dihantarkan sebuah kereta khas tetapi tidak kali ini! Bersyukur kepada Allah kerana adakalanya sesuatu telah mengganggu perjalanan kita atau satu kesukaran dan suatu rahmat telah mengejutkan kamu. Kamu haruslah menyedari bahawa setiap orang mengenali seseorang yang lebih tinggi dari mereka (seperti bossnya dan sebagainya), tetapi di sana pasti terdapat orang yang lebih tinggi dari mereka semua, YANG MAHA TINGGI!

Jika anda mengasari orang yang di bawah anda, jaga-jagalah kerana akan ada orang yang akan mengasari anda (lebih-lebih lagi Allah). Tetapi malangnya semua ini berlaku jauh dari pandangan mata seseorang (yang menyebabkan mereka tidak menyedarinya) tetapi Allah melihat kesemuanya.

Semasa saya tiba di stesen Kaherah saya telah bertanyakan kereta (untuk membawa saya ke Alexandria). Tetapi saya diberitahu bahawa semua kereta telah digunakan oleh padri lain. Oleh itu saya telah ke perhentian bas dan menaiki bas bernombor 64.

Seorang pemuda menaiki bas tersebut dan membawa beberapa buku kecil. Beliau terus membahagi-bahagikan buku tersebut kepada semua penumpang dan apabila sampai kepada saya beliau melepasi saya dan memberi buku tersebut kepada penumpang lain. Beliau dapat melihat bahawa saya seorang padri yang memakai pakaian serba hitam (dari kepala ke tumit dalam kain padri), dan ketika itu hati saya menjadi gelap dan kehidupan saya menjadi gelap!

Saya memanggil pemuda tersebut dan meminta satu buku dan beliau enggan memberinya. Beliau berkata, "buku ini bukan untuk kamu, padri" (apa yang dapat difahamkan bahawa di Mesir orang Islam tidak berdakwah kepada mereka yang bukan Islam atau sebaliknya). Tambahan pula, saya memakai salib emas pada dada saya yang besatnya lebih kurang 1/4 kilo. Tetapi saya terlalu inginkan buku yang berada ditangan pemuda tersebut. Seperti seseorang yang kelaparan dan mahukan makanan di tangan seseorang dan akan merebutnya.

Pemuda tersebut membenarkan enumpang menyimpan buku tersebut untuk dibaca di sepanjang perjalanan untuk harga hanya sebanyak 2 garsh (duit siling Mesir), atau mereka boleh menyerahkannya semula kepada pemuda tersebut. Saya merayu kepada pemuda tersebut dan ertanya kenapa beliau tidak mahu memberikan buku tersebut kepada saya. Pemuda tersebut mengumpul kesemua bukunya dan lari keluar dari bas. Saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah, bahawa saya telah lupa siapa saya dan apa yang saya wakili.

Pemuda tersebut melarikan diri dan saya mengejarnya dari belakang. Orang ramai melihat kejadian tersebut yang begitu kelakar dan ketawa. Ketika itu pemuda tersebut telah terjatuh dan saya dapat menangkapnya. Saya memberinya 5 untuk buku tersebut. Pemuda tersebut mengambil wang dan berkata, "saya rasa untuk jumlah tersebut encik boleh mengambil kesemua buku ini".

Saya menyimpan buku tersebut dan meneruskan perjalanan saya ke Kathedral Abbasiyah (di Kaherah kerana beliau telah tertinggal bas) dan terus menuju ke bilik tetamu khas. Pada kebiasaannya apabila saya keletihan saya perlu membaca bible dan apabila saya membaca bible saya dapat tidur dengan cepat. Tetapi kali ini, saya mahu membaca buku kecil ini, saya terfikir sendiri Saya terfikir, adakah buku in akan membuat saya tidur atau terjaga.

Apa yang saya tidak sedar ialah dalam buku tersebut terdapat penawar bagi saya (di dalam hati saya). Ini adalah kali pertama saya memegang buku Islam ditangan saya. Saya teruskan untuk membuka helaiannya. Saya telah membukanya yang bermula dari petikan ayat al-Quran. Ia berbunyi:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Saya membacanya lagi dan lagi dan lagi. Saya membacanya sehingga saya dapat mengingatnya di dalam hati. Ia terasa begitu manis. Saya merasa egitu aman di dalam.

Semasa saya membacanya lagi dan lagi salah seorang pegawai mengetuk pintu dan memanggil, Ya Abu Ishaq. Saya membuka pintu dan terkeluar perkataan "Tuhan itu SATU!" Saya tidak tahu apa yang telah saya kata. Pegawai tersebut terkejut dan bertanya apa yang telah saya kata. Saya menjawab bahawa saya tidak berkata apa-apa!

Kami menuju ke kereta yang akan membawa saya ke Alexandria (akhirnya mereka mendapatkan satu kereta untuk saya). Saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah bahawa bermula dari saya menaiki kereta tersebut sehngga kami tiba di Alexandria, satu-satunya perkataan yang terkeluar dari lidah saya untuk sepanjang perjalanan selama 3 - 4 jam ialah:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Apabila saya tiba di Alexandria, padri yang bertugas telah menyambut saya dengan cara yang paling sopan. Beliau telah diberitahu oleh Pope bahawa saya telah menjadi kes mental kerana saya mula menyoal soalan yang salah. Pope telah menelefonnya sebelum ini dan berkata bahawa "kita mempunyai seorang muslim di gereja".

Mereka mmenganggap saya sebagai seorang muslim. Tetapi kenapa mereka begitu membenci kepada muslim, saya menyoal diri sendiri, sedangkan kita sepatutnya memberitahu mereka mesej berkasih sayang kristian! Padri tersebut berkata, "kami mahu kamu berada dalam keadaan yang baik dan melupakan kesemua pemikiran yang karut."

Pada hari Ahad, kami bersembahyang di dalam Chapel. Tetapi sembahyang di dalam gereja amat berbeza dengan bersembahyang di masjid. Di masjid, kamu akan melihat sema orang akan sama; Menteri kerajaan ataupun rakyat biasa, orang miskin atau kaya dan semua ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW: ---------- "An Arab is not better than a non Arab nor a non Arab better than an Arab, everyone is from Adam and Adam was from dust"

Di dalam gereja, semakin banyak yang anda bayar, maka semakn hadapan anda berada di dalam pew. Yang pastinya, kesemua orang di dalam Isla, setiap orang dari kita mempunyai bebanan dileher masing-masing (iaitu setiap sesuatu dicatat oleh malaikat), dan beliau bertanggungjawab di atas setiap dosanya. Tetapi di gereja, ceritanya amat berbeza, padri akan membaca untuk semua orang, dan yang lain akan "duduk dan bangun" menurut arahannya.

Jika padri mengangkat tangannya semua orang akan melakukannya juga, tetapi apa yang dibaca oleh padri, tiada siapa yang memahaminya. Beliau bersembahyang untukmereka, beliau memaafkan mereka dan beliau adalah segala-glanya untuk mereka (dari segi kerohanian) dalam kehidupan ini.

Semasa saya mmemulakan tugas saya di Abbey, saya duduk di dalam kotak pengakuan untuk mendengar pengakuan. Suatu hari seorang wanit datang kepada saya untuk memohon keampunan. Dan apa yang telah saya lakukan, saya telah mengambil hak Tuhan untuk diri saya sendiri. Saya menghulurkan tangan saya untuk mengampun orang lain tetapi saya lupa bahawa terdapat tangan yag mengatasi saya. Saya memaafkan orang lain sedangkan saya tidak tahu samada saya dimaafkan atau tidak. Saya memberi fatwa kepada orang dan saya tidak mengetahui bahawa terdapat orang yang lebih tinggi dalam alam ini.

Wanita tersebut tiba pada hari itu untuk meminta pengampunan kerana telah berzina sebanyak 3 kali dibeakang suaminya. Jadi sebagaimana yang pernah saya lakukan, saya meletakkan salib dimukanya, merahmatinya dan beliau memberikan 100 kepada saya. Sebaik sahaja saya menarik salib daripada mukanya dan menunggu eliau memberikan wang kepada saya, bibir saya seperti melekat dan saya tidak mampu untuk berkata-kata.

Semasa saya memandang ke hadapan saya, di belakang kerusi pengakuannya saya telah melihat satu tulisan daripada ahaya berwarna hijau:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Saya melihat beliau menangis diluar dan saya sedang menangis di dalam (bahagian kotak pengakuan). Saya sedang menangis, saya telah memberi pengampunan kepada seseorang sedangkan saya tahu bahawa saya sendiri perlu diberi pengampunan.

http://www.ladang.net.my/" title="http://www.ladang.net.my/" target="_blank"http://www.ladang.net.my/
 
Syaitan menolong umat Islam ke masjid ?
03.06.05 (11:57 pm)   [edit]
Buat renungan bersama.

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....

dipetik dari: tranungkite.net.
 
Satu telekung dikongsi puluhan orang
01.14.05 (1:38 am)   [edit]


Satu telekung dikongsi berpuluh-puluh wanita untuk solat dan ini ternyata betapa ramai wanita Muslim Aceh memerlukan pakaian itu.

Ketua Sukarelawan Global Peace Malaysia (GPM) Sharifah Amirah Alkhared, berkata beliau cukup sebak melihat ketaatan wanita di Aceh tetap menunaikan solat bergilir-gilir dengan berkongsi telekung, sekalipun dalam keadaan amat sukar dari kesan serangan tsunami.

Justeru itu, Sharifah merayu kepada orang ramai mendermakan telekung kepada mangsa di sana.

Tetapi lebih baik jika dibeli secara pukal di Medan kerana harganya lebih murah dengan tidak melibatkan kos pengangkutan kapal, kata beliau.

Sharifah menceritakan kisah ini pada sidang akhbar di bangunan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kuala Lumpur Rabu sekembalinya dari Banda Aceh selepas 10 hari di sana.

"Puan pinjamkan kami telekung," begitulah permintaan yang sering diajukan kepada Sharifah ke mana saja beliau pergi di khemah-khemah mangsa tsunami.

Solat merupakan satu cara meredakan tekanan dan menenangkan jiwa wanita-wanita ini yang kebanyakannya kehilangan suami, ayah, atau anggota lain keluarga dalam bencana tsunami.

Sharifah menitiskan air mata bila bercerita mengenai sejumlah lima keluarga yang mati dan mayat mereka terbiar.

Beliau berkata mayat bayi mereka yang berusia beberapa bulan terpaksa ditanam sukarelawan GPM daripada terbiar di tepi jalan.

Katanya, tugas GPM di Aceh tidak mudah kerana. Pengagihan barang-barang bantuan dipersulit akibat jalan raya rosak di samping bandar yang penuh dengan mayat serta runtuhan bangunan.

Kerja-kerja GPM banyak tertumpu di kawasan luar bandar. Kini ia sedang membuat persiapan untuk menghantar 5 tan makanan ke Kampung Loong terletak di pesisiran pantai sebelah Barat Sumatera, katanya.

Penghantaran ini terpaksa menggunakan laluan air dengan menaiki bot selama 12 jam perjalanan dan bekalan itu pula hanya boleh bertahan selama lima hari, katanya.

sumber:agendadaily.com
 
Secebis kisah dari Aceh..
01.14.05 (1:11 am)   [edit]

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini

Di Hantar oleh seorang teman untuk di kongsi bersama.

Di petik dr catatan pengalaman sebenar adik pengendali bicarasufi.com, semoga boleh dijadikan iktibar:

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar Malaysia yg terselamat.

Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang enjadikan sebahagian peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membaca Alquran, berwirid, mentelaah kitab²,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang, Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3 hingga 4 km daripada persisiran pantai.

Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagunya pulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman, cukup
menyentuh hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni pun memang tak balik kampung.

Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara, Syairah, Syafiqah, Zikry, Hareez, Syahmi, Zufayri, terhibur dan terkenang satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu.

Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa berayun-ayun,terbuai-buai .Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada arak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.

Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau....? Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la.

Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan bertempik, gempa bumi,..gempa bumi.. keluarr.. keluar dari rumah...!!

Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari keluar dan duduk di luar rumah. Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegar kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang waktu tu.

Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la.

Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk mencangkung.Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telan si anak derhaka je gaya nya.

Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni. Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran tak menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada. Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah, kemaskan balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari cepat.. keluar.. keluar dari rumahhh!!

Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.

Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid
seribu tiang tu.

Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga ni. Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi tu.."
goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan langkah seribu nya.

Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangannya, keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal, rasa terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat. Mana la kawan kawan dan orang yang aku kenal...Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat berlindung., gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada.

Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi. Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya.

Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan orang yang ku kenali kat sini.."- Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu.

Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku
serumah dan pelajar pelajar satu negara.

Semua wajah wajah suram, sedih, terkujat, terkejut, terlopong. yang gelak tawar2 pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang pasti hampir semua kawan2 ku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri je sambil menangis senyap-senyap.

Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar "ratus dah tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak"".

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyi suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah. Orang lain waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni??

Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator, mententeramkan orang ramai, minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak imam mula mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala' zim.....SubhanalLah... SubhanalLah... SubhanalLah...

Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu."

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu. Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping ibadah rutin yang lain.

Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000 tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa, mata orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu. Kalau la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan runtuh je aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah lagi menuju ke arah kami di masjid, melompat pagar masjid mencari tempat perlindungan masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu.

Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk tempatan, masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah hati pada waktu tu.

Tengahari-mula lapar, kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat, sebab terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.

Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka, semua nya dah bersedekah membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu.

Dapatlah kami beberapa botol air mineral, sedikit biskut kering dan beberapabungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik. Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar...tak sampai hati kecilku...

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan, darah-darah sana sini,ada yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah tsunami, tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink. Jasad² manusia leper bawah runtuhan² batu bangunan.

Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini. Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik, memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah. Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik, cermin meja tercampak keluar, Cuma satu keadaan yang agak aneh. Al-quran yang biasa aku baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.!

Maha suci Allah yang memelihara mukjizat. Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana tu yang baru melanda semalam., bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya), kumpulan itu ditegur oleh seorang pak kiyai di situ, tetapi dibalasi dengan ugutan muncung pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ.

Lalu pak kiyai itu memberi amaran, hati hatilah kalian semua, tunggulah tidak lama lagi. Entahlah. tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan sebegitu. sangka kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati langsung.serba serbi tak kena. malam tu buat tahajud tak kena, bertadarus tak kena, telaah kitab rasa tak selesa. memang luar biasa sungguh malam tadi, "dah nak mati aku ni kut"...-kata nya seorang diri pada masa tu.

Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu., menaiki pesawat TUDM C130-Hercules.

Daripada masjid Al-Unshiah, berdekatan Institut Agama Islam Negeri(IAIN)-Banda Aceh, kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh. Terasa duduk di bandar zombie. Habis baju jubah ku melekat bauan mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan
Banda Aceh.

Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di situ. Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel, se comel anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,.. kini kaku dengan keadaan tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah
nya, terbayang imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.

Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami. Apa daya kami... Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia, tentu saja akan pulang bersama sama keluarga tercinta, bebas drp belenggu derita yang sedang mereka tanggung itu, bertapa bertuah nya kami.

Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka. Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali, menjadi jiran-jiran ku setahun yang lalu.
Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini, ustaz ustazku, pensyarah2 ku, kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal, mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana ini. Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar. Aceh, memberi aku seribu pelajaran, sejuta makna guru kepada ku.

Mungkin daku akan kembali ke sini, entah kan bila...
Salam rindu tanah Aceh...

sumber: forward emel.

 
doktor neurologi menemui keajaiban Allah
12.29.04 (12:25 am)   [edit]
Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
 
Pelajaran Dari Kisah Nabi Musa 'Alaihis Salam.
12.17.04 (4:22 am)   [edit]
Musa 'Alaihis Salam merupakan Nabi Bani Israil teragung. Syari'at dan kitabnya, Taurat, merupakan rujukan seluruh nabi-nabi dari kalangan Bani Israil dan ulama mereka. Pengikut beliau, juga termasuk yang terbanyak setelah ummat Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa Sallam.

Beliau lahir saat Fir'aun melakukan penindasan yang sadis terhadap Bani Israil. Bayi laki-laki mereka yang baru lahir dibunuh dan kaum wanita ditindas dengan menjadikannya sebagai pengabdi kaum laki-laki dan sasaran penghinaan. Ketika lahir, ibunda beliau merasa was-was, khawatir anaknya jatuh ke tangan Fir'aun, sebab hal itu bukan mustahil terjadi, mengingat penguasa yang diktator ini banyak mengirim mata-matanya ke seluruh penjuru negeri, khususnya untuk menyelidiki aktivitas kaum wanita Bani Israil yang hamil dan jenis kelamin bayi-bayi mereka yang lahir. Dan, bila yang ditemukan adalah bayi laki-laki, maka dibunuh.

Secara kebetulan, rumah keluarga beliau ditakdirkan Allah terletak di dataran yang menjorok ke Sungai Nil. Allah lantas memberikan ilham kepada ibundanya, agar meletakkan sang anak ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke laut, sembari mengikatnya dengan tali agar tidak dibawa oleh arus air yang deras. Tetapi, sebagai kasih sayang Allah terhadap ibundanya, Allah Subhanahu wa Ta'ala mewahyukan kepadanya, Artinya "Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa ; "Susuilah dia dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan jangan (pula) bersedih hati, karena sesungguh-nya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul". (QS. 28/Al-Qashash: 7)

Pada suatu hari, tatkala sang ibu menghayutkan peti yang berisi sang bayi tersayang ke laut, tiba-tiba tali pengikatnya copot, sehingga terbawa oleh arus. Rupanya, Allah menakdirkan peti tersebut jatuh ke tangan keluarga Fir'aun, kemudian diserahkan kepada isteri Fir'aun, Asiah. Saat melihat rupa bayi tersebut, dia sangat senang sekali. Allah telah menumbuhkan rasa cinta di hati orang-orang terhadapnya, sehingga berita tentangnya pun tersiar ke seluruh pelosok negeri. Juga, berita itu pun sampai ke telinga Fir'aun lalu dia mengirimkan bala tentara untuk menyelidiki dan membunuhnya. Namun, sang istri yang baik hati, memintanya agar tidak membunuh sang anak, sebab dia begitu menyenangkan dan siapa tahu kelak bisa berguna dan benar-benar menjadi anak mereka berdua. Karena pujukan sang istri, sang bayi itu pun selamat dari pembunuhan.

Saat yang sama istri Fir'aun sendiri cepat tanggap dalam memberikan layanan terhadap sang bayi. Dia mengundang para penyusu bayi dari pelosok negeri dan meminta mereka mencoba untuk menyusui sang anak, tetapi tak satu pun dari mereka yang bisa melakukannya. Karena bingung, mereka membawanya ke luar untuk berjalan-jalan dan berharap Allah mempertemukannya dengan seseorang yang tepat. Dan akhirnya, melalui saudara perempuan Nabi Musa sendiri ia menemukan penyusu yang (juga) tak lain adalah ibu kandung sang bayi. Terkait dengan kisah Nabi Musa 'Alaihis Salam, di sini akan dipaparkan lima belas pelajaran penting yang dapat dipetik dari sekian banyak pelajaran penting lainnya.

Diantara pelajaran-pelajaran tersebut adalah:

1.Kasih sayang Allah terhadap ibu nabi Musa 'Alaihis Salam. Di antara tanda-tanda kasih sayang tersebut: Pertama, Allah Ta'ala memberikan ilham kepada ibunda Nabi Musa, sehingga dengan cara itu Allah Ta'ala menyelamatkan anak kesayang-annya yang dibawa arus Sungai Nil. Ke dua, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyampaikan berita gembira bahwa Dia akan mengem-balikan sang anak ke pangkuan ibundanya lagi. Ke tiga, Allah Ta'ala telah mengharamkan air susu wanita-wanita penyusu lainnya masuk ke mulut anaknya yakni sang bayi, padahal dia sangat membutuhkan air susu tersebut.

2.Bahwa tanda-tanda yang diberikan oleh Allah dan pelajaran yang dapat diambil dari umat-umat terdahulu hanya bisa diraih oleh orang-orang yang beriman, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Artinya "Kami membacakan kepadamu sebagian dari kisah Musa dan Fir'aun dengan benar untuk orang-orang yang beriman". (QS. 28/Al-Qashash: 3)

3.Bahwa, bila Allah menghendaki sesuatu, Allah akan menyediakan sebab-sebabnya dan akan mendatang-kannya secara bertahap, bukan sekaligus.

4.Umat yang lemah betapa pun kondisi lemahnya, tidak semestinya diliputi oleh kemalasan di dalam merebut kembali hak-haknya, apalagi sampai berputus asa untuk meraih hal yang lebih tinggi, khususnya bila kondisi mereka terzhalimi.

5.Bahwa, selama umat ini terhina dan tertindas, namun tidak bergerak menuntutnya, maka tidak mungkin dapat menjalankan urusan agamanya secara bebas. Demikian pula dengan urusan duniawinya.

6.Bahwa, ketakutan yang bersifat alami terhadap makhluk, tidak menafi-kan keimanan, apalagi menghilangkan-nya. Hal inilah yang terjadi terhadap Ibunda Musa dan Musa sendiri.

7.Bahwa iman bisa bertambah dan berkurang berdasarkan firmanNya, Artinya "Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah)" (QS. 28/Al-Qashash: 10) Yang dimaksud dengan iman di dalam ayat ini adalah bertambah ketentramannya.

8.Di antara nikmat Allah yang paling besar terhadap seorang hamba adalah bersemayamnya kamantapan di dalam dirinya, saat menghadapi hal-hal yang merisaukan dan menakutkan, sebab keimanan dan pahala yang bertambah memungkinkannya untuk mengung-kapkan perkataan yang benar dan tindakan yang tepat, sehingga pandangan dan pikirannya semakin mantap.

9.Meskipun seorang hamba sudah mengetahui bahwa Qadha' dan Taqdir Allah adalah haq dan janji-Nya pasti akan terjadi, namun dia tidak boleh mengecilkan arti sebuah usaha yang dapat berguna baginya dan bisa menjadi sebab keberhasilannya di dalam mencapai usaha tersebut. Usaha yang dilakukan ibu Nabi Musa adalah mengutus saudara perempuannya, agar mencari dimana keberadaan bayi Nabi Musa.

10.Kisah Nabi Musa 'Alaihis Salam mengisyaratkan dibolehkannya wanita keluar rumah untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Demikian pula, dibolehkan baginya berbicara dengan kaum lelaki bilamana tidak terdapat kendala dan bahaya. Hal ini pernah dilakukan oleh saudara perempuan Nabi Musa dan kedua anak perempuan Nabi Syu'aib 'Alaihis Salam.

11.Syari'at umat terdahulu juga berlaku terhadap ummat ini, manakala di dalam syari'at kita tidak ada yang menghapus hukumnya. Indikasinya, tindakan ibunda Musa mengambil upah menyusui anaknya sendiri dari keluarga Fir'aun. Tindakan ini dibolehkan juga dalam syari'at kita karena tidak ada dalil yang menghapus hukumnya.

12.Bahwa membunuh seorang kafir yang sudah memiliki ikatan dalam suatu perjanjian atau adat, adalah tidak boleh. Ini dapat dipahami dari penyesalan yang ditampakkan oleh Nabi Musa saat secara tidak disadari-nya telah membunuh seorang Qibthiy. Beliau memohon ampun dan bertaubat kepada Allah atas perbuatannya tersebut.

13.Manakala khawatir diri akan binasa dengan cara sewenang-wenang (tanpa haq) bila menetap di suatu tempat, maka hendaknya tidak nekad tinggal di sana dan menyerah dengan kondisi tersebut.

14.Bila harus melakukan suatu pilihan terpahit antara dua hal yang sama-sama dapat menimbulkan kerusakan, maka wajib untuk melakukan hal yang lebih ringan dan aman di antara keduanya sehingga dengan begitu, dapat mencegah timbulnya hal yang paling fatal dan berbahaya dari salah satu yang lainnya. Di dalam hal ini, Nabi Musa 'Alaihis Salam memilih melarikan diri menuju ke sebagian negeri yang amat jauh dan tidak pernah dilalui sebelumnya. Tentu, pilihan ini lebih menjanjikan dan selamat, meskipun pahit ketimbang tetap tinggal di Mesir.

15.Dalam kisah Nabi Musa 'Alaihis Salam , terdapat suatu isyarat yang manis, terkait dengan seorang penuntut ilmu syar'i atau katakanlah seorang Mujtahid. Yakni, bahwa bila tidak dapat menentukan mana di antara dua pendapat yang lebih kuat padahal sudah berusaha semaksimal mungkin dan dengan niat yang ikhlas lillahi ta'ala, maka hendaknya meminta petunjuk kepada Rabb agar dibimbing dalam menentukan antara dua pendapat tersebut. Kondisi inilah yang dihadapi oleh Musa 'Alaihis Salam tatkala sampai di kota Madyan dimana dia tidak dapat menentukan jalur mana yang harus dilaluinya. Beliau berdo'a melalui firmanNya: Artinya "Mudah-mudahan Rabbku memimpinku ke jalan yang benar". (QS. 28/Al-Qashash: 22) Demikian diantara pelajaran-pelajaran yang dapat dipetik dari kisah Nabi Musa 'Alaihis Salam di dalam surat al-Qashash khususnya, dan di dalam al-Qur'an umumnya.

(Disadur dari buku "Qashash Al-Anbiya; fushul fî dzikri ma qashsha-llahu 'alaina fi kitabihi min Akhbar al-Anbiya' maa Aqwamihim" , karya Syaikh 'Abdurrahmân bin Nashir as-Sa'diy, dengan sedikit perubahan dan tambahan, oleh Abu Hafshoh).
 
SEBUTIR KURMA..
12.11.04 (4:52 am)   [edit]
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak

waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

" Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini. Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

Semoga bermanfaat.
 
Ukasyah perdaya Nabi untuk masuk syurga..
12.07.04 (3:24 pm)   [edit]
DIRIWAYATKAN bahawa Surah Al-Maaidah, Ayat 3 diturunkan selepas waktu Asar, Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan.

Ketika itu, Rasulullah berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun, Baginda tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat itu. Kemudian, Rasulullah bersandar pada unta itu dan haiwan berkenaan duduk perlahan-lahan.

Selepas itu, turun Jibril dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu, kamu kumpulkan sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Sebaik Jibril pergi, Rasulullah berangkat ke Makkah dan kemudian ke Madinah. Selepas Rasulullah mengumpulkan sahabat, Baginda menceritakan apa-apa yang diberitahu Jibril kepada mereka. Apabila sahabat mendengar perkara itu, mereka gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!”

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah, beliau tidak dapat menahan kesedihannya. Beliau kembali ke rumah, lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar menangis dari pagi hingga malam.

Kisah Abu Bakar menangis sampai ke pengetahuan sahabat yang lain. Maka, berkumpul sahabat di depan rumah Abu Bakar dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuatkan kamu menangis hingga begini sekali keadaanmu?

“Sepatutnya kamu gembira sebab agama kita telah sempurna.”

Mendengarkan pertanyaan sahabat, Abu Bakar pun berkata: “Wahai sahabatku, kamu semua tidak tahu musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna, maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.

“Dengan turunnya ayat itu menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah. Hassan dan Husin menjadi yatim dan isteri Nabi menjadi janda.”

Selepas mendengar penjelasan Abu Bakar, mereka sedar akan kebenaran kata-kata Abu Bakar. Lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka didengar sahabat lain. Mereka kemudian memberitahu Rasulullah apa yang mereka dengar dan lihat.

Seorang daripada sahabat berkata: “Ya Rasulullah! Kami baru balik dari rumah Abu Bakar dan kami mendapati ramai menangis dengan suara kuat di depan rumah beliau.”

Apabila Rasulullah mendengar keterangan sahabat itu, berubahlah wajah Rasulullah. Baginda kemudian ke rumah Abu Bakar.

Sebaik Rasulullah tiba di rumah Abu Bakar, Baginda melihat mereka menangis.

Baginda kemudian bertanya: “Wahai sahabatku, mengapakah kamu semua menangis?” Kemudian Ali menjawab: “Ya Rasulullah! Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?”

Lalu Rasulullah berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Sebaik Abu Bakar mendengar pengakuan Rasulullah, beliau pun menangis sekuat-kuat tenaganya sehingga pengsan. Sementara, Ali menggeletar seluruh tubuhnya. Sahabat lain menangis sekuat-kuat yang mereka mampu. Hinggakan gunung-ganang, batu-bata, semua malaikat di langit, cacing dan semua binatang baik yang di darat atau di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullah bersalaman dengan sahabat seorang demi seorang dan berwasiat kepada mereka.

Kisah Rasulullah mengalami hidup selepas turunnya ayat itu, ada yang mengatakan 81 hari. Ada pula yang mengatakan Baginda hidup hingga 50 hari selepas turunnya ayat itu. Tidak kurang mengatakan Baginda hidup selama 35 hari dan 21 hari daripada ayat itu diturunkan.

Pada saat kewafatan Rasulullah, Baginda meminta Bilal azan untuk mengerjakan solat. Lalu berkumpul orang Muhajirin dan Anshar di Masjid Rasulullah.

Baginda kemudian menunaikan solat dua rakaat bersama semua yang hadir. Selesai mengerjakan solat, Baginda bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:

“Alhamdulillah, wahai Muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang sayang pada kamu semua seperti seorang ayah.

“Oleh itu, kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah dia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut pada Hari Kiamat.”

Rasulullah berkata demikian sebanyak tiga kali, kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama [u]'Ukasyah bin Muhshan[/u] dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.”

Lalu 'Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta kamu dari belakang.

“Selepas dekat, saya pun turun menghampiri kau dengan tujuan supaya saya dapat mencium pahamu. Tetapi, kamu telah mengambil tongkat dan memukul untamu untuk berjalan cepat, pada masa itu saya pun kamu pukul pada tulang rusuk saya.

“Oleh itu, saya hendak tahu sama ada kamu sengaja memukul saya atau hendak memukul unta itu.”

Rasulullah berkata: “Wahai 'Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.”

Kemudian Rasulullah berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (qishash).”

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah, beliau memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?” Lalu Bilal berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat Baginda.”

Kemudian Fatimah berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal: “Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash.”

Bertanya Fatimah lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?” Bilal tidak menjawab pertanyaan itu.

Sebaik Fatimah memberikan tongkat itu, Bilal membawanya kepada Rasulullah. Selepas menerima tongkat itu, Baginda menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal itu, Abu Bakar dan Umar tampil ke depan sambil berkata: “Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Baginda, tetapi kamu qishashlah kami berdua.”

Apabila Rasulullah mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar, dengan segera Baginda berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua. Sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.”

Kemudian Ali bangun, lalu berkata: “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah. Oleh itu, kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah.”

Lalu Rasulullah berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”

Selepas itu Hassan dan Hussin bangun dengan berkata: “Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah.”

Mendengar kata-kata cucunya, Rasulullah pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah: “Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian 'Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah, kamu telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah pun membuka baju. Sebaik Rasulullah membuka baju, menangislah semua yang hadir.

Sebaik 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah, dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah.

“Siapakah yang sanggup memukulmu. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah dengan badan saya. Dan Allah menjaga saya daripada neraka dengan kehormatanmu.”

Kemudian Rasulullah berkata: “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”

Kemudian semua jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Selepas itu, jemaah pun berkata: “Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperoleh darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah dalam syurga.”

Bersambung...

Sumber: http://www.bharian.com.my/m/B...
 
Kisah Puteri Rasulullah s. a. w. Yang Bernama Siti Fatimah r. a.
12.05.04 (3:56 pm)   [edit]

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. kedermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

 
IMAM BUKHARI: Terbilang tapi Terbuang
12.01.04 (3:27 pm)   [edit]
Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail al Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di kota ternama Bukhara (hari ini dikenali sebagai Uzbekistan). Dari nama tempat tinggalnya itulah dia beroleh nama Imam Bukhari. Bapanya, Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah al Jafi seorang ahli hadis yang warak dan hidup zuhud, meninggal dunia ketika dia masih bayi. Sejak itu dia dipelihara ibunya.

Ketika zaman kanak-kanak, Bukhari menghidap sejenis penyakit yang menyebabkannya buta. Banyak doktor dan pakar cuba merawatnya tetapi tidak berhasil sehingga keluarganya habis ikhtiar. Tetapi ibunya tidak pernah berhenti dan berdoa meminta anaknya sembuh.

Doa ibu itu akhirnya dimakbulkan Allah. Dengan izin-Nya, suatu malam, si ibu bermimpi dikunjungi Nabi Ibrahim yang menyampaikan berita bahawa Allah sudah mengembalikan penglihatan anaknya itu. Keesokan harinya sebaik sahaja Bukhari membuka mata, dia mendapati penglihatannya benar-benar pulih.

Dia juga menerima pendidikan agama yang baik dan dalam usia 16 tahun, berjaya menghabiskan buku Abdullah ibn al-Mubarak, al-Waki dan beberapa buah buku Imam Abu Hanifa. Dalam usia 18 tahun, Bukhari ke Mekah ditemani ibu dan abang sulungnya, Ahmad ibn Ismail. Selepas mengerjakan haji, abang dan ibunya kembali ke kampung tetapi Bukhari tinggal untuk belajar.

Satu keistimewaan Bukhari adalah ingatannya yang sangat kuat. Rakan sepengajian, Hashid ibn Ismail berkata, semasa zaman kanak-kanak mereka, Bukhari pernah menghadiri kelas pengajian hadis di Basrah.

Ceritanya, “Semua kami menulis nota kecuali Bukhari. Selepas 16 hari, kami berbincang mengenai pelajaran dan mengkritik Bukhari kerana dia membuang masa dan tidak menulis satu pun hadis yang dipelajari. Bukhari menyuruh kami menyemak nota kami. Kemudian dia membacakan satu demi satu sehingga habis, lebih 15,000 semuanya. Bukhari telah mengajar kami hadis yang kami tulis.”

Peringkat awal belajar, Bukhari menghafal 70,000 hadis, kemudian meningkat 300,000. 100,000 daripadanya hadis sahih dan 200,000 hadis hasan. Selain itu, Bukhari tajam pemikiran. Dia tidak bergantung kepada pena dan kertas seperti dia bergantung kepada akal dan memorinya.

Pada suatu ketika, penduduk Baghdad mendapat berita Bukhari akan ke sana. Golongan ahli hadis di sana sepakat mengujinya. Mereka merosakkan rangkaian periwayat hadis dan mencampur-adukkannya antara satu dengan yang lain.

Kedatangan Bukhari disambut meriah oleh rakyat. Dalam majlis Bukhari, mereka mula mengujinya. Orang pertama berdiri dan bertanya mengenai rangkaian hadis. Orang kedua juga berbuat begitu. Mereka mengumpulkan sehingga 100 hadis dan menunggu jawapan Bukhari. Selepas semua orang habis bertanya, Bukhari lantas berdiri dan menerangkan rangkaian perawi hadis yang betul, satu demi satu.

Pengikut setianya, Muhammad ibn Hatim Warraq menceritakan, Bukhari membuka rumah tumpangan dekat Bukhara dan memasang bata sendiri untuk menyiapkan rumah itu Warraq ingin membantu tetapi Bukhari membalas, “hari akhirat nanti, ini akan menjadi faedah diri saya.”

Warraq juga pernah bercerita, jika mereka berpergian, anggota rombongan lain akan tinggal sebilik dan Bukhari akan tinggal sendirian. Suatu ketika dia melihat Bukhari bangun 15 sehingga 20 kali sepanjang malam untuk menyalakan sendiri lampu. Kemudian dia bangun untuk membaca dan membetulkan hadis. Warraq pernah menawarkan bantuan tetapi kata Bukhari, “kamu muda dan perlu tidur, saya tidak mahu mengganggu kamu.”

Bukhari terkenal zuhud. Makanannya hanya daun kering. Selalunya dia mengambil dua atau tiga biji badam sehari. Dia pernah jatuh sakit dan doktor memberitahu, ususnya kering kerana dia asyik makan daun kering. Bukhari memberitahu doktor bahawa dalam tempoh 40 tahun, dia hanya memakan daun kering dan tidak pernah mengambil makanan berkuah seperti kari seumur hidupnya.

Dalam usia 56 tahun pada 250 Hijrah, Bukhari berangkat ke Nishapur. Berita kedatangannya disambut gembira oleh penduduk di sana. Sasterawan Nishapur, Muhammad ibn Yahya adh-Dhuhli menganjurkan majlis sambutan dengan mengajak penduduk menunggu di sepanjang laluan masuk ke Nishapur. Hal itu disifatkan sebagai sambutan besar-besaran yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Di Nishapur, Bukhari mengadakan kelas hadis. Setiap kali kelasnya, dia menerima pelajar yang begitu ramai. Namun populariti dan kepintaran Bukhari tidak disenangi beberapa pihak dan mereka merancang supaya adh-Dhuhli memusuhi Bukhari.

Pegangan Adh-Dhuhli bahawa ayat al-Quran mutlak telah dijadikan alasan golongan tertentu untuk wujudkan permusuhan antara mereka berdua. Suatu ketika, Bukhari disoal, sama ada al-Quran makhluk atau bukan makhluk. Bukhari terdiam seketika. Lelaki itu mendesak mahukan jawapan dan Bukhari menjawab, al-Quran datang daripada Allah dan ia bukan makhluk. Lelaki itu mendesak dengan isu berkaitan perkataan daripada al-Quran, dan Bukhari membalas, “Tindakan kita dicipta dan lafaz adalah reaksi kita.”

Pertikaian yang wujud hanya pada lafaz daripada al-Quran dan bukannya perkataan daripada al- Quran, walaupun lafaz bermakna perkataan. Adh-Dhuhli dan ulama lain yang berpegang keada Mazhab Hanbali menganggap lafaz bukan ciptaan sama seperti al-Quran itu sendiri. Sementara Bukhari dan Muslim berpegang kepada Mazhab Shafiee menganggap lafaz dicipta kerana ia sebahagian tindakan dan tindakan adalah ciptaan. Tidak ada pertikaian mengenai al-Quran bukan ciptaan kerana itulah yang mereka maksudkan apabila mereka mengatakan al-Quran itu ucapan Allah. Tetapi hal ini dimanipulasi sehingga adh-Dhuhli memutuskan hubungan dengannya dan meminta orang ramai memboikot majlis ilmu Bukhari.

Bukhari kecewa dan mengambil keputusan meninggalkan Nishapur, kembali ke Bukhara. Dia mendirikan sekolah dan mengajar di sana. Masih ada manusia iri hati terhadapnya. Mereka bertemu gabenor Khalid ibn Ahmad (kerajaan Khalifah Abbasiah) dan menasihatkan khalifah memanggil Bukhari untuk mengajar anak khalifah. Bukhari dipanggil tetapi dia membalas, “saya tidak mahu menyalahgunakan ilmu dan membawakan ke kaki pemerintah. Sesiapa yang ingin belajar, hadir ke sekolah saya.”

Khalifah meminta anaknya diajar berasingan tetapi Bukhari enggan. Khalifah tersinggung dan mendapatkan fatwa ulama yang memusuhinya supaya tokoh itu dibuang daerah. Bukhari terpaksa menyingkir dari kampung sendiri. Tidak sampai sebulan, khalifah digulingkan. Selepas kembali ke Bukhara, dia mengambil keputusan ke Samarkand. Beberapa batu berhampiran kota, dia dengar ada dua pandangan mengenainya. Bukhari mengambil keputusan tinggal di sebuah kampung, Kharteng. Suatu malam selepas bersolat, dia berdoa menyuarakan kekecewaannya.

Bukhari jatuh sakit. Tetapi penduduk Samarkand menghantar wakil menjemputnya. Dia bersedia berangkat tetapi kesihatannya semakin teruk. Dia tidak terdaya lagi dan menghembus nafas akhir malam Aidilfitri 256 Hijrah, 12 hari menjelang ulang tahun ke-62.
 
Wang sara umar ra
11.29.04 (5:43 pm)   [edit]
"Umar r.a.hu mencari rezekinya dengan berniaga. Apabila dia mengganti Abu Bakar sebagai Khalifah, dia telah mengumpulkan rakyat sekaliannya lalu berucap kepada mereka. “Aku mencari makan dengan berjual-beli. Oleh kerana kamu semua telah memilih aku untuk menjadi Khalifah, aku tidak dapat lagi menguruskan perniagaanku. Sekarang bagaimana dengan pencarianku?”.

Berbagai-bagai syor telah dikemukakan mengenai pembayaran yang sepatutnya dibuat kepada Umar. Ali tidak membentangkan sebarang cadangan. Umar bertanya kepadanya, “Apakah cadanganmu, wahai Ali?” Jawab Ali, “Ambillah wang sekadar yang bisa mencukupi keperluan keluargamu.”

Cadangan Ali diterima dengan baiknya oleh Umar. Setelah beberapa lama kemudian, beberapa orang termasuk Ali, Usman, Zubair dan Talhah mencadangkan supaya wang saranya ditambahkan lagi. Tetapi tiada seorang pun diantara mereka yang berani, secara langsung mengemukakan cadangan ini kepada Umar. Akhirnya mereka terpaksa menemui Hafsah, anak perempuan Umar, untuk mendapatkan kerjasamanya. Apabila ura-ura hendak menambahkan wang saranya dibayangkan kepadanya oleh Hafsah, mukanya merah padam kerana kemarahan. Dia bertanya, “Siapakah yang membuat cadangan ini?” Hafsah menjawab, “Berikan pendapat kamu terlebih dahulu.” Umar berkata, “Kalaulah aku tahu siapa orang-orang itu nescaya aku tempelengkan muka-muka mereka. Ceritakan kepadaku Hafsah, tentang pakaian Nabi yang terbaik sekali.”

Hafsah menjawab, “Sepasang baju yang berwarna merah yang Nabi pakai pada hari Jumaat atau pun apabila menerima tetamu.” Umar bertanya, “Apakah makanan yang paling lazat yang pernah dimakan oleh Nabi di rumah kamu?” Hafsah menjawab, “Roti yang diperbuat daripada tepong barli. Pada suatu hari saya telah menyapu sekeping roti dengan bekas-bekas mentega yang terdapat dalam sebuah tin yang hampir-hampir kosong. Dia telah memakannya dengan penuh nikmat dan ingin pula membahagi-bahagikannya kepada orang lain.” Umar bertanya lagi, “Apakah hamparan yang paling baik yang pernah digunakan oleh Nabi di rumah kamu?” Hafsah menjawab, “Sehelai kain tebal. Pada musim panas kain itu dilipat empat dan padang musim sejuk ianya dilipat dua. Separuh digunakan sebagai alas tempat tidurnya dan separuh lagi dijadikannya gebar.”

Umar berkata, “Nah sekarang, pergi katakan kepada mereka yang Nabi telah merakamkan suatu darjah kehidupan yang terpaksa aku ikuti. Nabi, Abu Bakar dan aku sendiri adalah laksana tiga orang musafir yang menggunakan sebatang jalan yang sama. Yang pertama telah sampai ke tempat yang ditujuinya. Begitu juga musafir yang kedua. Yang ketiga sekarang dalam perjalanannya. Kalau ia tidak menempuhi jalan mereka yang terdahulu, sudah tentu ia tidak akan sampai di tempat mereka.”

Kisah di atas jelas membuktikan kehidupan Umar yang serba sederhana itu. Bandingkanlah kehidupannya dengan kehidupan raja-raja dan pemimpin-pemimpin kita sekarang ini. Pada suatu hari dia sedang berkhutbah. Bahagian bawah bajunya kelihatan bertampal-tampal. Mengikut ceritanya, terdapat tidak kurang daripada dua belas lubang yang telah ditampal termasuk satu yang ditampal dengan kulit. Pada suatu ketika dia tiba lambat di masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat. Dia berkata kepada para jemaah, “Maafkan saya. Saya terlambat kerana sibuk membasuh kain baju saya. Saya tidak ada yang lain untuk dipakai.”

Utbah bin Abifarqad hendak berjumpa dengan Umar pada suatu hari. Ketika itu dia sedang makan. Selepas mengizinkan Utbah masuk, dia menjemput Utbah makan bersama-sama. Roti yang diberi kepadanya terlalu keras sehingga ia tidak dapat menelannya. Dia pun bertanya, “Mengapa tuan tidak menggunakan tepong yang baik untuk membuat roti?” Umar menjawab, “Adakah tiap-tiap orang Islam mampu menggunakan tepong yang baik untuk dibuat roti?” Utbah menjawab, “Tidak.” Umar berkata lagi, “Nampaknya kamu mahukan aku menikmati segala jenis kebahagiaan dalam kehidupanku di dunia ini.”

Ada banyak sungguh kisah-kisah yang menunjukkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh para sahabat. Kita umat Islam dewasa ini sudah tentu tidak dapat mencontohi seluruh kehidupan mereka kerana kita tidak ada tenaga samada dari segi lahiriah mahupun batiniah. Walaupun demikian, janganlah hendaknya kita berputus asa sama sekali. Cubalah sedapat mungkin menauladankan beberapa sifat mulia yang telah ditunjukkan mereka agar tercapai ketenteraman jiwa yang sangat-sangat berharga itu.
 
Taubat Para Wali
11.24.04 (8:22 pm)   [edit]
Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah. Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.

Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.

Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu. “Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”

Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.

Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.

sumber: Darul nu'man
 
Rangkaian kisah insan bertaqwa
11.17.04 (4:48 am)   [edit]
Ajaran-ajaran mengenai taqwa yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran dan Hadith serta kepentingannya sudah tentu tidak dapat diragui. Tanpa taqwa segala kejayaan batiniah sudah pasti tidak tercapai. Dalam sebuah Hadithnya, Nabi S.A.W berkata :

“Perasaan takutkan Allah merupakan sumber kebijaksanaan.” Ibnu Umar sering menangis kerana takutkan Allah sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya : “Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah.”

Pada suatu hari Nabi S.A.W telah melalui seorang sahabatnya yang sedang membaca Al-Quran. Apabila sipembaca tadi sampai ke ayat yang berbunyi yang bermaksud :

‘Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.” (ar-Rahman 55: 37), bula roma sipembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya : “Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini.” Nabi S.A.W berkata padanya : “Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama.”

Jawapan yang sama telah diberi oleh Nabi kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjudnya.

Abdullah b Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaanya turut menangis bersama-sama. Dia bertanya kepada isterinya itu : “Mengapa kamu menangis?” Jawab isterinya : “Apa yang menyebabkan engkau menangis itulah yang menyebabkan aku menangis.” Kata Abdullah : “Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titi Sirat, aku menangis. Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak.”

Pada suatu ketika Zurarah bin Aun sedang bersembahyang di Masjid. Apabila ia membaca ayat berikut yang bermaksud : “Maka apabila ditiup sangkakala, maka yang demikian itu adalah waktu yang sulit.” (al-Muddasir 74: 8 & 9) dia jatuh lalu meninggal dunia.

Dalam satu solatnya, Khulaid rah. dalam qiraatnya telah membaca ayat : “Tiap jiwa pasti akan merasai maut.” (Al-Ankabut 29: 57) Dia telah mengulangi ayat itu beberapa kali. Tiba-tiba terdengar suara orang mengatakan kepadanya : “Berapa kali mesti kamu ulangi ayat itu? Bacaan mu telah pun menyebabkan kematian empat jin.”

Dengarlah kata Nabi S.A.W dan para sahabatnya mengenai perasaan takut akan Allah.

Nabi S.A.W : “Segala-galanya takut akan orang yang takutkan Allah. Sebaliknya segala-galanya menjadi sumber ketakutan kepada orang yang takutkan sesuatu selain dari Allah.”

Yahya bin Ma’az : “Seandainya seorang mukmin itu takutkan neraka sebanyak ia takutkan kemiskinan, ia akan memasuki syurga.”

Abu Sulaiman Darani : “Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dengan perasaan takut kepada Allah.”

Nabi S.A.W : “Wajah yang dibasahi air mata kerana takutkan Allah walaubagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”

Nabi S.A.W : “ Apabila seorang Muslim menggeletar kerana takutkan Allah, gugurlah dosa-dosanya sebagaimana daun-daun kering berguguran.”

Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi S.A.W : “Tunjukkan daku jalan ke arah keselamatan.” Jawab Nabi : “Jangan banyak bercakap dan tinggallah di rumah sambil menangis mengenangkan dosa-dosamu.”

Aishah r.a.ha telah bertanya kepada Nabi : “Adakah di antara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?” “Ya” jawab Nabi, “dia adalah orang yang banyak menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah ia lakukan.”

Nabi S.A.W : “Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah. Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya.”

Mengikut sebuah Hadith ada tujuh jenis manusia yang dapat melindungi diri di bawah naungan A’rash. Salah seorang daripada mereka itu ialah orang yang menangis apabila berseorangan kerana takutkan Allah dan kerana menyesali dosa-dosanya yang telah lampau.

Umar r.a.hu berkata : “Kalau pada hari Perhitungan diishtiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka yang si malang itu ialah aku sendiri. Sebaliknya, kalau diishtiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja yang akan memasuki syurga, sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah itu ialah aku sendiri.”

Kisah Umar r.a.hu di atas menunjukkan berapa perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit di hati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi. Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah sepatutnya melebihi perasaan takut tadi. Kata Nabi S.A.W : “Tidak seorang pun yang sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah.”

Apabila Iman Ahmad bin Hambal sedang menghadapi maut, dia menggesakan anaknya supaya membaca Hadith-Hadith Nabi yang matan-matannya menekankan tentang perlunya ada harapan akan rahmat Allah.
 
ISLAM SEJATI….…KURANG MAKAN…BANYAKKAN IBADAT
11.03.04 (3:50 am)   [edit]
Pada zaman Rasulullah…..datanglah seorang mushrikin bercakap tentang Islam dengan Rasulullah. Ketika sedang berbual-bual itu, maka Rasulullah menuangkan segelas susu sambil memerhatikan gelagat si mushrikin tadi. Selepas habis segelas susu, Rasulullah menuangkan susu kali kedua, dan habis diminum oleh mushrikin tersebut.

Akhirnya 3 gelas susu habis diminum , barulah tamat perkara yang dibualkan dan si mushrikin tadi pun baliklah.

Selang beberapa hari, mushrikin itu datang semula kepada Rasulullah untuk menyatakan yang dia sekarang sudah Islam kerana terpikat dan tertarik dengan peribadi Rasulullah yang begitu dikaguminya. Seperti biasa, Rasulullah menjamukannya dengan susu, tapi kali ini dia minum sedikit demi sedikit sehinggalah apabila perbualan tamat, hanya segelas susu yang diminumnya. Rasulullah memerhatikan gelagat orang itu dan tersenyum.

Kemudian Rasulullah pun menceritakan peristiwa itu kepada para sahabat, perihal pengunjung tadi dan bagaimana berbezanya dia sebelum memeluk agama Islam dan selepasnya. Sebelum memeluk agama Islam, habis 3 cawan susu diminumnya dengan gelojoh, tetapi selepas memeluk Islam, dia minum dengan perlahan dan cuma segelas sahaja susu yang diminumnya. Itulah antara peribadi Islam sejati .

Ini sesuai dengan hadis yang berbunyi “ Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada 3 iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara."

Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain……

Oleh itu…..KURANGKAN MAKAN….DAN KUATKAN IBADAT…

Wallahuaklam….
 
kisah iktibar..
10.26.04 (2:22 pm)   [edit]
Assalamualaikum semua..Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq’. Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di sana barulah dia dapat menghayati pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak ketinggalan untuk menyertainya.

Begini ceritanya..

Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan tersebut.ternyata ia dibuat dari hospital di tempat dia bekerja. Nurse memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlaku dan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga.

Apabila telah sampai di hospital,doktor itu mendapati mangsa adalah sorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60. tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki. Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan darah yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya sementara sahaja. Ketika itu keadaan dia tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.

Setelah beberapa ketika, remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:

Doktor: dimana awak sekarang?

Remaja: saya rasa di kandang lembu…

Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu tuntikan penenang untuk dia berehat.) namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.

Doktor: dimanakah awak berada sekarang?

Mangsa: saya rasa di kandang kuda..

Doktor itu terus bertanya lagi dan lagi agar dapat memulihkan keadaannya. Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j. cukup dengan hanya sebuah motor kriss. Patutla dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu. Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus-2. sebelum kemalangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor berkenaan, remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya…

Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.? Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya’Allah. doktor itu tahu yang sekarang ini “time is running out” so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa tanpa sebarang bekalan..iman…

Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal..

Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup kedengaran. lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh. Lantas dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar je. Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja. Dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus-putus mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?..dengan nada yang sebak…

Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sujurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi begini.. so dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa….. setelah selasai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja. Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya. Nabi s.a.w telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang. Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya’Allah Allah akan mengampuni kamu. Remaja itu terus menangis.

Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya. Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban. Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya -suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata…..

Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..

Nabi s.a.w telah bersabda: Barangsiapa dapat mengucap dua kalimah shahadah di akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.. sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita..

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tapi atas kelemahan saya.. Wasslam..

sumber: tranungkite.
 
Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk
10.22.04 (7:51 pm)   [edit]

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
 
Perlawanan seorang lelaki dengan iblis
10.19.04 (8:13 pm)   [edit]
"Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang sedang dikerumuni orang. Dia mendekatinya. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibenteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu-buru. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibenteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!"
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Segeralah pulang , jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata ku kumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari sia-sia yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim"
 
BENARKAH KITA SAHABAT..
10.13.04 (9:03 pm)   [edit]
Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua "Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?

Maka sahabatnya yang kedua menjawab, "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"

Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"

Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabat pertama tadi menjawab "Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."

Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu. "Wahai sahabat. Puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu tapi tidak juga kutemui." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apa kesalahanku??"

Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua. "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??". Sahabatnya menggeleng.

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??" Sahabatnya menggelengkan kepala

"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan?Sahabatnya menggeleng lagi.

"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat??"Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya.

"Dan soalan ku yang terakhir. Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki??" Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menengis teresak esak.

"Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.

Moral:
Pernahkah kita melihat kedalam diri kita?? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat?? Dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita?? Renungkan sendiri dengan mata hati bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri. Mungkin suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki. Berhati-hati memilih sahabat agar tidak terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam neraka jahanam!!
 
Kisah Zulaiha & Nabi Yusof a.s
10.09.04 (2:49 am)   [edit]

Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri al-Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya): sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata". (Yusuf: 30)

Berat sungguh malam yang panas itu dirasakan oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil dengan nama Zulaiha. Ia senantiasa mempercantik paras, menghias diri, dan memakai wangi-wangian. Kemudian berdiri, pagi dan petang, di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tak jelas penyebabnya.

Angin sepoi bertiup tenang dan halus, seakan enggan mengusik ranting- ranting pohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu, Zulaiha memandangi sungai dan airnya yang tenang, dan sesekali wajahnya menoleh ke atas, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit nan tinggi, mengelilingi bulan yang sebahagian sinarnya terhalang oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampiri dengan segelas sari buah dingin untuknya, tetapi sang puteri menolak dan malah memerintahkan pelayan itu untuk kembali. Nafasnya semakin menyesakkan, serasa hampir-hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar, sebab sampai saat ini ia belum dikurniai seorang anak pun.

Sebenarnya ia dapat saja mengambil anak angkat yang disukainya, sebab ia orang terkaya di negeri itu. Tapi naluri keibuannya ternyata menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri, sebagaimana wanita-wanita lain. Tapi suratan takdir menghendaki lain, suaminya tidak kuasa mengubah impiannya menjadi kenyataan.

Berkecamuklah semua fikiran itu di kepalanya. Ia terlena dalam lamunannya, sampai suara halus suaminya tiba-tiba mengejutkan hatinya.

"Ra'il, isteriku yang cantik, bergembiralah!" Kata suaminya sambil menunjukkan sesuatu.

Zulaiha menoleh kepada suaminya, dan betapa terkejut ketika ia lihat suaminya datang bersama seorang anak kecil.

"Siapa namamu?" tanya Zulaiha. Dengan suara yang hampir-hampir tidak terdengar, anak itu menjawab, "Yusuf".

Al-Aziz, suami Zulaiha, kemudian mengikutinya dari belakang serta berkata, "Telah kubeli ia dari kafilah yang didapati disebuah telaga di padang pasir. Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi ia bermanfaat bagi kita, atau kita pungut ia sebagai anak".

Isteri al-Aziz tidak mengetahui takdir apa yang bakal terjadi antara dia dan anak itu di hari-hari yang akan datang. Yang jelas ia merasa senang atas kedatangan anak itu, dan hilanglah kesedihan yang selama ini menghimpit dadanya. Hari-hari berlalu. Yusuf semakin besar dan menjadi dewasa. Wajahnya tampak semakin tampan. Isteri Aziz tidak mengerti kebahagiaan apa yang meresap di hatinya setiap kali ia memandang Yusuf, dan kesedihan yang menghantuinya ketika Yusuf hilang dari pandangannya.

Setiap kali malam tiba, dan Yusuf pergi ke kamar tidurnya, Zulaiha merasa ada sesuatu yang mengusik lubuk jiwanya, sehingga kadang kala ia bangun meninggalkan suaminya yang sedang tidur, kemudian pergi ke pintu kamar Yusuf. Zulaiha berdiri di pintu kamar Yusuf beberapa saat. Dalam hatinya timbul keraguan: apakah sebaiknya ia masuk menemui Yusuf seperti yang diinginkannya, ataukah ia kembali ke tempatnya sendiri di samping suaminya.

Fikiran seperti itu selalu mengganggu hatinya semalaman, sampai cahaya matahari pagi terlihat masuk melalui jendela-jendela kamarnya. Jika sudah demikian, ia kembali ke kamar suaminya.

Setiap kali pandangannya bertemu dengan pandangan Yusuf, ia merasakan keinginan yang kuat untuk selalu berada dekat pemuda itu, dan tak ingin rasanya berpisah untuk selama-lamanya. Namun, hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak memendam perasaan yang sama seperti perasaannya. Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah: Apakah Yusuf mencintainya sebagaimana ia mencintai Yusuf? Apakah Yusuf memendam perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak menampakkan sikap seperti itu, ia tidak mahu mendengar jawapan itu.

Pada suatu petang, isteri Aziz merasa tidak kuasa lagi hanya berdiri di ambang cinta yang disimpannya kepada Yusuf. Ia kemudian berdiri dimuka cermin, mengagumi kecantikan parasnya, seraya berkata kepada dirinya sendiri, "Adakah, di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya melebihi kecantikanku, sehingga Yusuf menghindar dariku? Tidak boleh tidak, wahai, Yusuf, hari ini aku akan menjumpaimu dengan segala macam bujukan dan rayuan, sampai engkau tunduk kepadaku".

Kemudian ia membuka lemari, dan matanya mengamati setumpuk pakaian di dalamnya. Dipilihnya salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang membangkitkan ghairah laki-laki. Manakala gaun itu dikenakan, maka sebahagian auratnya yang seharusnya tersembunyi akan tampak. Itulah yang justeru dikehendakinya. Kemudian ia memakai wangi wangian di sekujur tubuhnya, yang menyebabkan seorang lelaki akan berghairah kerana baunya.

Setelah itu, ia atur rambutnya seindah-indahnya di malam yang sunyi itu. Setelah menyelesaikan dan menyempurnakan dandanannya, Zulaiha mengamati sekelilingnya, hingga ia benar-benar yakin bahawa tidak ada seorang pun pelayannya yang masih menunggunya di situ; semuanya sudah lelap di kamarnya masing-masing di kegelapan malam itu. Ia pun tahu bahawa suaminya sedang memenuhi panggilan seorang hakim Mesir dan sibuk dengan urusan-urusannya, sehingga tidak mungkin ia akan kembali sebelum fajar pagi tiba.

Setelah segalanya beres, pergilah ia menuju kamar Yusuf. Didapatinya pintu kamar itu tertutup dan lampunya sudah dimatikan. Dengan perlahan ia mengetuk; satu kali, dua kali ... dan tiga kali. Tak lama kemudian, Yusuf pun bangun menyalakan lampu dan membukakan pintu. Alangkah terkejutnya Yusuf ketika ia melihat isteri al-Aziz sudah berada di hadapannya. Tapi ia tidak berkata apa-apa kecuali hanya diam menunduk.

Tiba-tiba Zulaiha masuk ke dalam, mendekatinya dengan ramah, dan memegang tangannya sambil menutup pintu kamar. Zulaiha merasakan kegelisahan, ketakutan, dan tak boleh menjawab pandangan kedua mata Yusuf. Ia lalu berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf selalu berusaha menjauh darinya.

Isteri al-Aziz kemudian berkata, "Apakah maksud semua ini, hai, Yusuf? Janganlah engkau menjauh dariku, sehingga aku binasa kerana rindu kepadamu".

Yusuf diam tanpa jawapan.

Isteri al-Aziz mendekatinya lagi seraya berkata, "Aduhai, Yusuf, betapa indahnya rambutmu!"

Yusuf menjawab, "Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan dari tubuhku setelah aku mati".

"Aduhai, Yusuf, betapa indahnya kedua matamu!" Bujuk isteri al-Aziz lagi.

"Keduanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas dari kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!"

Isteri al-Aziz berkata lagi, "Betapa tampannya wajahmu, hai, Yusuf".

"Tanah kelak akan melumatnya," Jawab Yusuf.

Kemudian Zulaiha berkata kepadanya, "Telah terbuka tubuhku kerana ketampanan wajahmu".

"Syaitan menolongmu untuk berbuat hal itu!" Kata Yusuf.

"Yusuf! Bagaimanapun aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya". Kata Zulaiha.

Yusuf menjawab: "Ke manakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya?"

Sedarlah isteri al-Aziz bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memenuhi apa yang ia inginkan. Maka, ia pun lebih mendekat lagi, dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Ia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Akan tetapi, di luar dugaannya, Yusuf malah menghindar darinya dan segera berlari hendak keluar dari kamar itu.

Isteri al-Aziz tak habis berfikir mengapa Yusuf sedemikian keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita cantik yang telah siap melayaninya, bahkan lari menjauh darinya. Ia lalu mengejar Yusuf dari belakang untuk memaksanya. Ketika sudah sangat dekat, dipegangnyalah bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya kuat- kuat. Dengan penuh kemarahan, ia melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, koyaklah bahagian belakang baju Yusuf.

Pada saat yang sama, tiba-tiba al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama saudara sepupu Zulaiha. Dengan serta merta isteri al-Aziz berkata: "Apakah hukuman bagi orang yang akan berbuat serong kepada isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan seksaan yang pedih?" Dengan perkataan itu, Zulaiha bermaksud menyatakan bahawa Yusuf telah berbuat yang melampaui batas atas dirinya.

Al-Aziz sangat marah atas terjadinya peristiwa memalukan itu. Kerana tidak menduga hal itu dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang telah dibelinya, dipeliharanya, dan dikasihinya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Tidak mungkin hal itu boleh terjadi?

Yusuf sedar bahawa isteri al-Aziz telah berkata dusta tentang dirinya dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Maka, segeralah Zulaiha berkata kepada al-Aziz: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)".

Allah ternyata menghendaki bebasnya Yusuf dari tuduhan wanita itu. Seorang bayi yang masih menyusu, anak salah seorang keluarga Zulaiha yang ketika itu datang ke istana, tiba-tiba berkata, "Jika bajunya koyak di bahagian muka, maka wanita itulah yang benar dan Yusuf termasuk orang-orang dusta. Dan jika bajunya koyak di bahagian belakang, maka wanita itulah yang dusta dan Yusuf termasuk orang- orang yang benar".

Mendengar itu, segeralah al-Aziz menghampiri Yusuf untuk melihat bajunya. Demi didapatinya baju Yusuf koyak di bahagian belakang (kerana tarikan isterinya), mengertilah al-Aziz akan pengkhianatan isterinya dan bersihnya Yusuf dari tuduhan itu. Kemudian ia berkata: "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu!"

Kemudian ia memandang Yusuf seraya berkata: "Hai, Yusuf, berpalinglah dari ini!" Maksud perkataan itu adalah agar Yusuf tidak memberitakan aib yang terjadi atas diri isterinya itu, sehingga tidak terdengar oleh orang ramai. Sedangkan kepada isterinya ia berkata: "Dan (kamu, hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang berbuat salah".

"Celakalah kamu, Yusuf!" Kata isteri al-Aziz dengan kemarahan yang memuncak, kerana Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya. "Tidak! aku tak akan membiarkanmu, Yusuf. Bagaimana pun akan kucari jalan lain yang dapat mempedayakanmu, hingga kamu memenuhi apa yang kukehendaki..."

Hari-hari pun berlalu, dan al-Aziz yang kalah dalam urusan itu berusaha memohon kerelaan isterinya menghadapi kenyataan itu, sementara sang isteri menyanggahnya dengan dalih bahawa suaminya telah menjatuhkan martabat dan kemuliaannya. Zulaiha tahu benar bahawa setiap kali ia menampakkan kebenciannya kepada suaminya, sang suami benar-benar berusaha mendekati dan membujuknya kerana ia sangat mencintainya dan merasa lemah di hadapan kecantikan wajahnya dan ketinggian peribadinya, yang sebenarnya bersifat mulia.

Yusuf sendiri akhirnya berdiam sepanjang hari di dalam kamarnya, kerana peristiwa aib itu terjadi di situ. Ia tidak keluar dari kamarnya kecuali ada suatu pekerjaan penting yang ditugaskan oleh tuannya, al-Aziz.

Hari-hari yang berat dan keras selalu menghantui isteri al-Aziz. Ia menanti datang suatu peluang untuk kembali melakukan tipu dayanya atas diri Yusuf, sebab apa yang baru terjadi itu justeru menambah rasa cinta dan keinginan untuk berhubungan dengan Yusuf, meskipun secara terang-terang ia telah berdusta atas diri Yusuf untuk menghilangkan keraguan suaminya terhadapnya.

Hari demi hari dirasakan oleh isteri al-Aziz dengan berat dan terasa lambat berjalan. Di kota, beberapa peristiwa yang tak terduga telah terjadi. Wanita-wanita di Mesir, ketika itu, tidak berkeinginan bicara lain kecuali tentang peristiwa aib antara isteri al-Aziz dan Yusuf. Yang sungguh menghairankan, bagaimana peristiwa itu dapat tersebar di seluruh kota, padahal semua pihak di istana al-Aziz berusaha merahsiakannya.

Dugaan sementara dialamatkan kepada pelayan laki-laki istana dan sebahagian pelayan wanita yang masih ada hubungan keluarga dengannya. Besar kemungkinan, merekalah yang membocorkan rahsia itu.

Langit ibu kota Mesir penuh dengan gema kisah sekitar kejadian itu. Dalam setiap kelompok wanita, tidak ada masalah lain yang dibicarakan kecuali tentang isteri al-Aziz dan Yusuf, semuanya dicurahkan tanpa segan silu. Akhirnya, sampailah berita yang menyakitkan itu ke telinga isteri al-Aziz. Dan tentu saja hal itu menimbulkan kemarahannya yang luar biasa.

Akan tetapi, apa hendak dikata, ia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menerima kenyataan itu dengan hati yang semakin pedih. "Betapa perjalanan hidupku menjadi sepotong roti dalam mulut wanita-wanita kota yang dipenuhi cemuhan dan ejekan." Keluhnya dalam hati, "padahal, di hari-hari kemarin, tak seorangpun dari mereka berani menyebut namaku kecuali dengan segala penghormatan dan kemuliaan".

Kemudian ketenangan mulai meresap di hati isteri al-Aziz, setelah jiwanya tergoncang kerana kemarahan. Mulailah ia berbicara kepada dirinya sendiri:" Aku wanita, dan mereka pun wanita. Harus mereka terima hinaan sebagaimana hinaan yang mereka tujukan kepadaku. Jika mereka memperolok-olokku dengan lidahnya, maka sesungguhnya olok- olokku nanti lebih keras atas diri mereka..." Maka, keluarlah dia dari kamarnya menuju beranda istananya yang menghadap Sungai Nil.

Di tepian sungai itu, ia mulai berfikir, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yang mengelilingi istana, membuat harum udara di sekitarnya. Isteri al-Aziz mulai merenung; fikirannya berputar ke sana kemari, mengikuti alunan ombak sungai yang tenang.

Tak lama kemudian, wajahnya tampak sedikit berseri, kemudian mulutnya tersenyum. Telah ditemukan satu cara untuk membereskan masalah itu. Ya, mengapa ia tidak menghentikan cemuhan wanita-wanita itu tentang dirinya dan Yusuf dalam suatu pertemuan terbuka? Mengapa ia tidak memanggil wanita-wanita itu untuk duduk bercakap-cakap seperti biasa ia lakukan sebelum ini, lalu ia perintahkan Yusuf keluar (menampakkan diri di hadapan mereka)? Nanti mereka akan sedar dan mengerti mengapa isteri al-Aziz jatuh hati kepada anak angkatnya.

Kemudian dipanggilnya semua wanita itu ke istana untuk bersukaria. Kepada mereka dipersembahkan berbagai macam buah-buahan, dan masing- masing diberi sebilah pisau sebagai alat pemotongnya. Akan dilihat oleh isteri Al-Aziz apa yang nanti bakal terjadi ketika Yusuf muncul secara tiba-tiba di tengah-tengah mereka.

Hairanlah kebanyakan wanita bangsawan terhadap panggilan isteri al- Aziz itu. Mereka menyaksikan suasana yang lain dari biasanya. Ruangan istana, ketika itu, dihiasi dengan penuh kemegahan. Wanita- wanita yang hadir duduk di kerusi yang indah. Di hadapan mereka masing-masing terdapat sepinggan buah segar dan sebilah pisau pemotongnya.

Semua pandangan hadirin ditujukan kepada barang-barang yang ada dalam ruangan istana itu. Semuanya diam membisu, tak ada yang berani berbicara dengan jelas tentang apa yang tersimpan di dada dan mulailah isteri Aziz membuka acara. Pembicaraan hanya berkisar tentang buah dan masalah-masalah pesta ria itu, sama sekali jauh dari masalah peristiwa dirinya dengan Yusuf. Ia berkata bahawa segala yang disediakannya kali ini dimaksudkan sebagai kejutan bagi wanita-wanita itu.

Di antara wanita-wanita yang hadir dalam jamuan itu, ada salah seorang yang menyindir. Dengan cara yang cerdik, ia berkisah kepada hadirin tentang seorang pemudi yang jatuh cinta, dan mati dalam kesedihan kerana laki-laki yang meminangnya tewas di medan perang melawan musuh-musuh negerinya. Tetapi isteri al-Aziz, dengan lebih cerdik, mengalihkan pembicaraan ke masalah-masalah lain.

Kemudian ia berkata kepada Yusuf, "Keluarlah (tampakkanlah dirimu) kepada mereka."

Maka, keluarlah Yusuf dari tempatnya menuju jamuan wanita-wanita itu. Betapa terkejutnya wanita-wanita itu demi melihat ketampanan Yusuf. Mereka sama tercengang dan kehairanan. Dan tanpa disedari, mereka memotong jari-jari mereka sendiri dengan pisau. Mereka mengira sedang memotong buah, padahal tidak dirasakan darah mengalir dari tangan mereka. Lama-kelamaan mereka baru ingat dan menyedari apa yang telah mereka lakukan, kemudian berkata, "Maha Besar Allah. Ini bukanlah manusia. Ia tiada lain dari malaikat yang mulia".

Ketika itu wajah isteri al-Aziz menahan sedih dan duka. Berubahlah wajah nan cantik itu menjadi marah. Ia berkata seraya menunjuk kepada Yusuf: "Itulah orang yang menyebabkan aku di cela kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menginginkan dirinya, tetapi ia menolak. Dan (sekarang) jika dia tidak mentaati apa yang kuperintahkan, nescaya ia akan dipenjarakan dan dia akan menjadi orang yang hina".

Yusuf mendengar apa yang dikatakan oleh isteri Aziz dengan sikap yang tenang dan tabah, di hadapan wanita-wanita kota. Ia pun mendengar keinginan setiap wanita yang hadir, sebagaimana keinginan isteri al-Aziz terhadapnya. Sambil berlindung kepada Allah, Yusuf berkata, "Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Allah hindarkan aku dari tipu daya mereka, tentulah aku tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk orang yang jahil". Allah meneguhkan hamba-hamba-Nya yang mukmin serta berlindung dan berpegang dengan kebenaran yang diperintahkan oleh-Nya ..." Maka, Tuhan memperkenankan doa Yusuf, dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui".

Pulanglah wanita-wanita kota itu dengan tangan mereka berlumuran darah. Mereka semua akhirnya sedar bahawa Zulaiha, isteri al-Aziz, terhalang cintanya kepada Yusuf. Yusuf, kemudian meninggalkan ruangan itu dan pergi ke kamarnya. Isteri al-Aziz tampak duduk sambil berfikir. Ia memang menghendaki kehinaan atas wanita-wanita yang menghina dirinya dengan Yusuf, dan hal itu telah selesai ia lakukan. Menanglah ia dengan suatu kemenangan yang dapat menyembuhkan sakit hatinya.

Akan tetapi, setelah ia lebih dalam berfikir, ia sedari bahawa perasaan yang ditanggungnya selama ini adalah suatu sebab yang berat baginya. Ia berbicara dengan dirinya sendiri: "Yusuf telah menghindar dariku dua kali; sekali dikamarnya dan sekali di hadapan wanita-wanita kota. Sesungguhnya wanita-wanita kota itu pun mencintai Yusuf sebagaimana aku, tetapi semuanya tidak memperoleh sesuatu darinya. Ancamanku kepadanya tidak ditakutinya. Celakalah kamu meskipun aku mencintaimu."

Pergilah isteri al-Aziz menemui suaminya. Al-Aziz kemudian bertanya tentang jamuan yang diadakannya. Isterinya menjelaskan bahawa jamuan itu hanya menambah keburukan baginya.

"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Tanya Al-Aziz.

"Jika Yusuf tidak disembunyikan dari seisi istana dan kota, dia akan selalu berbicara tentang apa yang memburukkanku..." Jawabnya.

Maka, mendekatlah al-Aziz kepada isterinya seraya berkata. "Bagaimana engkau boleh rela dengan apa yang memburukkanmu?"

Gementarlah badan wanita itu, dan kemudian berkata: "Kalau begitu, masukkanlah Yusuf ke dalam penjara, sehingga semua orang akan melupakannya".

Al-Aziz menyetujui usul isterinya itu. Tak lama kemudian, beberapa pengawal istana membawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, isteri al-Aziz berdiri di belakang jendela kamarya sambil memandanginya. Ia merasa seolah-olah sebahagian dari hatinya tercabut, meskipun dialah yang mendesak suaminya agar memasukkan Yusuf ke dalam penjara.

Saban hari berlalu, dan kesedihan selalu mewarnai wajah isteri al- Aziz, sementara suaminya hanya boleh melihat hal itu dengan sikap diam dan tidak kuasa berbuat sesuatu. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri: "Salahkah aku tatkala menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku melihat Yusuf... "Sekali lagi ia berfikir dalam kegelisahannya: "Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?" Ia menyanggah dirinya sendiri untuk lepas dari azab, seperti seorang dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup menjangkau air yang dipikul di bahunya sendiri.

Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berjalan tanpa sunyi dari cerita isteri al-Aziz dengan Yusuf. Pada suatu hari, datanglah utusan raja, memerintahkannya untuk datang keistana. Isteri al-Aziz sangat hairan, sebab hal itu belum terjadi sebelumnya. Ia bertanya kepada suaminya apa kira-kira yang menyebabkan sang raja memanggilnya ke istana.

Al-Aziz menjawab, "Mungkin ada urusan yang berhubungan dengan Yusuf."

Mendengar nama Yusuf disebut lagi, lenyaplah segala dugaan. Tetapi, benarkah raja hanya berkehendak untuk berbicara dengannya tentang Yusuf?

Dengan penuh pertanyaan di benaknya, pergilah isteri al-Aziz menuju istana raja. Di sana didapatinya wanita-wanita yang telah memotong tangannya beberapa waktu yang lalu, semuanya menghadap Raja Mesir. Sementara itu, sang raja memandangi wajah para wanita itu satu persatu, kemudian mengajukan pertanyaan singkat kepada wanita-wanita itu: "Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya
(kepadamu)?" Mereka menjawab serentak: "Kami tiada mendapati suatu keburukan padanya (Yusuf)".

Tiba-tiba, tanpa diminta oleh Raja, isteri al-Aziz berbicara. Ia merasa telah tiba saatnya untuk berbicara terus terang perihal itu, agar hilang semua beban dosa kerana tindakan aniayanya terhadap Yusuf. Di hadapan Raja, wanita-wanita kota, dan seluruh yang hadir di situ, ia menerangkan: "Sekarang jelaslah kebenaran itu. Akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar". (Yusuf berkata), "Yang demikian itu agar dia (al-Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak merelai tipudaya orang-orang yang berkhianat. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang".

Terjadi perbedaan pendapat tentang kehidupan perempuan itu selanjutnya. Sebahagian orang berpendapat bahawa sejak itu isteri al- Aziz hidup bersama kesedihan dan putus asa kerana ingatannya kepada Yusuf. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa isteri al-Aziz itu akhirnya pindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiada khabar beritanya sama sekali. Yang jelas, kehidupan wanita itu menjadi terganggu, kerana cinta kepada Yusuf.

Namun ada yang mengisahkan setelah peristiwa itu Zulaiha bertaubat kepada Allah SWT. Ketika Yusuf diutus menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan Al-Aziz, Nabi Yusuf berjumpa dengan Zulaiha yang ketika itu keadaannya sudah tua. Akhirnya Allah menjadikan Zulaiha muda remaja dan berkahwin dengan Nabi Yusuf. Maka jadilah Zulaiha sebagai seorang wanita yang solehah yang sentiasa beramal kepada Allah SWT. (Kisah Zulaiha ini dapat di baca dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 21-53)


** betapa tingginya cinta zulaiha terhadap nabi yusuf.. begitu agung.. tapi dia sudah bersuami.. tidak layak dia berbuat demikian.. dan begitu tinggi pula ketaqwaan nabi yusuf, tidak tergugat walau diuji dengan berbagai dugaan.. begitulah iman para rasul..

 
KEMARAU..
09.18.04 (3:42 am)   [edit]


[b]Allah berfirman: “ Terangkanlah kepadaKu jika sumber air kamu menjadi kering maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagiMu” (al Mulk : 30)[/b]
 
Rabiyatul Adawiyyah al basriyyah..
09.10.04 (4:28 am)   [edit]
Tazkiratul-Auliya Oleh Syeikh Fariduddin 'Attar- Sufi Agung Dari Iran

Ibubapa Rabia'atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau.

Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya,

"[i]Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar." [/i]

Bapa Rabi'atul-Adawiyyah pun terus terjaga dari tidur dan pergi berjumpa dengan Amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi'atul-Adawiyyah sebanyak empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi'atul-adawiyyah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabi'atul-adawiyyah berpisah dari adik-beradiknya. Suatu ketika kafilah yang beliau tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabi'atul-Adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar sebagai abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh. Tangannya patah.

Beliau berdoa kepada Allah, [i]"Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redho denganku. tetapi nyatakanlah keridhoanMu itu padaku." [/i]

Tatkala itu terdengarlah suatu suara,
"[i]Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu." [/i]

Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi'atul-Adawiyyah di tengah malam yang berdoa kepada Allah;

"Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia."

Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan, dalam bilik Rabi'atul-Adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabi'atul-adawiyyah.

Esoknya, Rabi'atul-Adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi'atul-adawiyyah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabi'atul-Adawiyyah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju. Rabi'atul-Adawiyyah pun pergi.

Suatu masa Rabi'atul-Adawiyyah pergi naik haji ke Mekkah. Dibawanya barang-barangnya atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang -barangnya itu tetapi beliau enggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa. Hanya perlindungan Allah S.W.T.

Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi'atul-Adawiyyah terus berdoa, "Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya. Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka'abah dan sekarang Engkau matikan keldaiku dan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan."

Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula. Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah. Apabila hampir ke Ka'abah, beliau pun duduk dan berdoa, "Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka'abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah Engkau temui aku sebarang perantaraan."

Terdengar suara berkata, [b]"Rabi'atul-Adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam." [/b]

Suatu ketika yang lain, semasa Rabi'atul-Adawiyyah menuju Ka'abah dan sedang melalui hutan, dilihatnya Ka'abah datang mempelawanya. Melihatkan itu, beliau berkata, "[b]Apa hendakku buat dengan Ka'abah ini; aku hendak bertemu dengan tuan Ka'abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Ka'abah, aku mahu Allah." [/b]

Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka'abah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu. Maka oleh itu, beliau mengambil masa empat belas tahun baru sampai ke Ka'bah. Apabila sampai didapatinya Ka'abah tidak ada. Beliau sangat merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata,
"Ka'abah itu telah pergi melawat Rabi'atul -Adawiyyah."

Apabila Ka'bah itu telah kembali ke tempatnya dan Rabi'atul-Adawiyyah sedang menongkat badannya yang tua itu kepada kepada tongkatnya, maka Ibrahim Adham pun pergi bertemu dengan Rabi'atul-Adawiyyah dan berkata; "Rabi'atul-adawiyyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang yang ganjil itu membuat haru-biru di dunia ini?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab;
"Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap ria (untkl mendapat publisiti) pergi ke Ka'abah mengambil masa empat belas tahun."

Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya. Rabi'atul-Adawiyyah berkata,
"Kamu isi perjalananmu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisinya dengan perasaan tawaduk dan khusyuk."

Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabi'atul-Adawiyyah pergi ke Ka'abah. Beliau berdoa;
"Oh Tuhan! Perlihatkanlah diriMu padaku."

Beliau pun berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara;
"[b]Rabi'atul-Adawiyyah, hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu akan jadi abu." [/b]

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab,
[b]"Aku tidak berdaya memandang Keagungan dan KebesaranMu, kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia di sisiMu[/b]."

Terdengar lagi suara berkata, "[b]Kamu tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka kerana Aku dan antara mereka dan Aku tidak ada regang walau sebesar rambut pun, Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai Aku. Rabi'atul-adawiyyah, antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah kepadaKu. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dari Aku." [/b]

Kemudian suara itu menyuruh Rabi'atul-Adawiyyah melihat ke hadapan. Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar suara lagi,
"Rabi'atul-Adawiyyah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai Kami (Tuhan) dan tidak mahu berpisah dengan Kami. Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (memencilkan diri) dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu tidak mahu publisiti (disebarkan kepada umum) dalam dunia ini."

Mendengar itu, Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Tuhanku! Biarkan aku tinggal di Ka'abah." Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan sembahyang dan memencilkan diri dari orang ramai.

Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan seorang darwisy untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan darwisy itu, Rabi'atul-Adawiyyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk Rabi'atul-Adawiyyah.

Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi'atul-Adawiyyah menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi'atul-Adawiyyah.

Rabi'atul-Adawiyyah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu. Perempuan itu menjawab, "Lapan belas." Rabi'atul-Adawiyyah tidak mahu menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pergi.

Kemudian datang semula. Rabi'atul-Adawiyyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu. Darwisy itu bertanya kenapa Rabi'atul-Adawiyyah enggan menerima dan kemudian menerima pula. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Allah berfirman dalam Al-Quran iaitu : [b]"Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Al-Quran itu dilaksanakan." [/b]

Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya bawang itu sambil berkata, "Syaitan! Pergi jahanam dengan tipu-helahmu. Adakah Allah mempunyai kedai bawang?" Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Aku tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah dan aku tidak terima sesuatu melainkan dari Allah."

Suatu hari, Hassan Al-Basri melihat Rabi'atul-Adawiyyah dikelilingi oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hassan Al-Basri pergi menujunya, binatang itu lari. Hassan bertanya, "Kenapa binatang itu lari?" Sebagai jawapan, Rabi'atul-adawiyyah bertanya, "Apa kamu makan hari ini?" Hassan menjawab, "Daging." Rabi'atul- Adawiyyah berkata, Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering."

Suatu hari Rabi'atul-Adawiyyah pergi berjumpa Hassan Al-Basri. Beliau sedang menangis terisak-isak kerana bercerai (lupa) kepada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir dilongkang rumahnya. Melihatkan itu, Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam dalamnya dan kamu tidak akan mendapati di mana tempatnya."

Dengan penuh kehendak untuk mendapat publisiti, suatu hari, Hassan yang sedang melihat Rabi'atul-Adawiyyah dalam satu perhimpunan Aulia' Allah, terus pergi bertemu dengan Rabi'atul-Adawiyyah dan berkata, "Rabi'atul-adawiyyah, marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana."

Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan di atas air). Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia' Allah, maka kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?" Rabi'atul-adawiyyah berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hassan tidak ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf.

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap Allah."

Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah tentang perkara kahwin. Beliau menjawab, "[i]Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku." [/i]

Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah bagaimana beliau mencapai taraf keruhanian yang tinggi itu. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku hilang (fana) dalam mengenang Allah."

Beliau ditanya, "Dari mana kamu datang?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah."

Rabi'atul-Adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya sebagai sahabat. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "[b]Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan." [/b]

Orang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah, "Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu?

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan menyembahNya."

Rabi'atul-Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis.

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku takit berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu."

Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya (iaitu ia menyedari yang ia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah).

Seorang bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah, "Adakah Allah menerima taubat orang yang membuat dosa?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Itu hanya apabila Allah Mengurniakan kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya dan ingin bertaubat.
Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana dosa yang telah dilakukannya."

Sholeh Al-Qazwini selalu mengajar muridnya, "Siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya." Satu hari Rabi'atul-Adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi'atul-adawiyyah pun berkata kepada Sholeh, "Berapa lama kamu hendak berkata demikian menggunakan perkataan untuk masa depan (Future tense) iaitu "Akan dibuka"? Adakah pintu itu pernah ditutup? Pintu itu sentiasa terbuka." Sholeh mengakui kebenarannya itu.

Seorang hamba Allah berteriak, "Aduh sakitnya!" Rabi'atul-Adawiyyah bertemu dengan orang itu dan berkata, "Oh! bukannya sakit." Orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu."

Suatu hari rabi'atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. Rabi'atul-Adawiyyah bertanya, "Berapa umurmu?" Jawab orang itu, "Tiga puluh." Rabi'atul-Adawiyyah bertanya lagi, "Hingga hari ini begaimana keadaanmu?" Kata orang itu, "Sihat-sihat sahaja." Rabi'atul-Adawiyyah pula berkata, "Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!"

Suatu hari khadamnya berkata, "Puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan kejadian Tuhan di musim bunga ini.' Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "[b]Duduklah dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat Dia dan bukan kejadianNya." [/b]

Suatu hari, orang bertanya kepada Rabi'atul-Adawiyyah kenapa beliau tidak menyimpan pisau dalam rumahnya. Beliau menjawab, "Memotong itu adalah kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang ku cintai."

Suatu masa Rabi'atul-Adawiyyah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir, beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman yang manis dalam sebuah cawan. Rabi'atul-Adawiyyah ambil minuman itu dan meletakkannya di atas lantai di satu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman dalam cawan itu. Melihat itu, terfikirlah Rabi'atul-Adawiyyah hendak minum air sahaja malam itu.

Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan), lampu pun padam. Bekas air itu jatuh dan pecah airnya bertaburan di atas lantai. Rabi'atul-adawiyyah pun mengeluh sambil berkata, "Tuhanku! Kenapa Kau lakukan begini kepadaku?"

Terdengar suara berkata, "[b]Rabi'atul-Adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu siksaan dan kesakitan yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabi'atul-Adawiyyah, kamu hendak satu satu perkara dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk bersama dalam satu hati." [/b]

Dengan serta-merta beliau pun membuangkan kehendak kepada keperluan hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan.

Tiap-tiap pagi beliau berdoa, "[b]Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain[/b]."

Rabi'atul-Adawiyyah ditanya, "Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?"

Beliau menjawab, "Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan."

"Kenapa kamu memakai pakainan koyak dan kotor?"

Beliau ditanya lagi, "Kamu ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru." Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala- galanya."

Orang berkata, "Rabi'atul-Adawiyyah, Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu (kerana perempuan). Oleh itu apakah faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?"

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Apa yang kamu kata itu benar, tetapi cubalah katakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf kehampiran dengan Allah dan lalu berkata, "Akulah Yang Hak". Di samping itu tidak ada orang "kasi" yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki sahaja."

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan."

Satu hari Rabi'atul-Adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia sakit. Beliau berkata, "Hatiku cenderung hendak mencapai Syurga, satu hari yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman."

Hassan Al-Basri datang berjumpa Rabi'atul-Adawiyyah yang sedang sakit. Di pintu rumah beliau itu, Hassan bertemu dengan Amir Al-Basri yang sedang duduk dengan sebuah beg mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab, "Aku hendak menghadiahkan wang kepada Rabi'atul-Adawiyyah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya. Kerana itulah aku menangis.
Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta dia menerima hadiahku ini?" Hassan pun pergilah membawa wang itu kepada Rabi'atul-Adawiyyah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabi'atul-Adawiyyah berkata,
"[b]Oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu memberi apa-apa kepada mereka. Di samping itu aku tidak mahu sama ada wang itu didapatinya secara halal atau haram." [/b]

Sufyan Al-Thauri berkata, "Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"

Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi'atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya dalam rumah Rabi'atul-Adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, "Jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian."

Rabi'atul-Adawiyyah menjawab;
"Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu."

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya dan Dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang."

Seorang Wali Allah datang dan merungut tentang dunia.

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut."

Satu hari, Sufyan Al-Thauri pergi berjumpa Rabi'atul-adawiyyah. Rabi'atul-Adawiyyah menghabiskan masa malam itu dengan sembahyang. Apabila sampai pagi, beliau berkata, "Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa pula sepanjang hari ini."

Rabi'atul-Adawiyyah selalu berdoa demikian, [b]"Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja." [/b]

Sufyan Al-Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap tentang ibadat kepada Allah dengan Rabi'atul-Adawiyyah. Di pagi hari Al-Thauri berkata, "Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya."

Rabi'atul-Adawiyyah berkata, "Tidak, kita habiskan masa dengan sia-sia kerana sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu kita buang tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah."

Rabi'atul-Adawiyyah berkata;
"[b]Doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu[/b]."

[b]Ya Allah, Kurnialah kepadaku Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu; dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada CintaMu; dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga..[/b]

Ya Allah, di manakah diriku ini di sisiMu..aku benar-benar insaf..
:cry:
 
PEDIHNYA SAKARATUL MAUT..
09.06.04 (11:25 pm)   [edit]
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Adam a.s. hinggalah kepada umat Nabi Muhammad.

Setelah semuanya mati, tinggallah Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arsy. Allah lalu memerintahkan Malaikat maut (Izrail) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,"Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal ?" Jawab Izrail,"Engkau Ya Allah zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selamanya,yang tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tidak berdaya."

Lalu Allah berfirman,"Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati. Aku menjadikan engkau untuk kau menjalankan tugasmu dan kau juga harus merasai mati." Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila nyawanya dicabut, menjeritlah Izrail seperti orang gila. Andaikan masih ada makhluk yang di muka bumi, nescaya semuanya mati kerana jeritan yang dahsyat iu.

Berkata Izrail,"Kalaulah begini kesakitan yang dialami semasa dicabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali."

##sudahkah kita bersedia untuk merasai pedihnya sakaratul maut.. kalau nabi saw pun mengeluh kesakitan.. kita bagaimana?
:cry:
 
RELA MASUK KE DALAM NERAKA..
09.03.04 (11:32 pm)   [edit]
Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya.

Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah.

Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS.

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".

Ps: sesungguh kita masuk syurga bukan kerana ibadah kita yang banyak tapi adalah kerana RahmatNya.. tapi kita juga perlu ingat, Rasulullah saw yang maksum juga melakukan solat hingga bengkak2 kakinya.. kita bagaimana?
:?
 
knowledge is better than wealth..
08.27.04 (11:25 pm)   [edit]


:roll:



:)
 
Kisah benar: KASIHI DIA KETIKA ADA..
08.25.04 (11:35 pm)   [edit]
Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya bergilir-gilir menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka.

"Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.

"Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta. Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya.

Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu.

Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan.

Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.

Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan. Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu.

Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu.

Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja.

Langkah saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa.

Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara.

Dinihari itu, saya menerima panggilan telefon dari Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal 5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa. "Kenapa
bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya.

Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran.

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagi dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini.

Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi.
Kepada pembaca yang masih ada ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.

RENUNGKANLAH.......
:cry:
 
Aku Telah Rela Dengan Allah Sebagai Tuhanku, Dan Islam Sebagai Agamaku, Dan Dengan Muhammad saw Sebagai Nabi Dan Rasulku..
Buat Sahabatku..
Sahabat, di alam maya ini kita bertemu, bicara kita bicara bisu.. tanpa suara tanpa wajah.. ikatan kita ukhwah fillah.. bertemu berpisah kerana Allah.. sekalung penghargaan dan terima kasih buat kakak ummi baniah, kak ros, ila~shuhaila dan nurizzatie.. moga Allah meredhai persahabatan ini..

Sabda Rasulullah saw: “Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedang ia tidak ada bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau akan menerima sepertinya juga.”